JOHOR BAHRU: Pembinaan jalan alternatif sepanjang satu kilometer susulan kejadian mendapan tanah di Jalan Forest City-Pelabuhan Tanjung Pelepas di Iskandar Puteri, Ahad lepas, telah siap dan dibuka kepada orang ramai mulai 11.40 pagi tadi.
Pihak Pengurusan Country Garden Pacificview Sdn Bhd memaklumkan kerja pembinaan jalan alternatif yang melibatkan 200 kakitangan dengan pelbagai peralatan dan kelengkapan itu, dilaksanakan di bawah pemantauan Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Menteri Besar Johor serta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
"Pada masa sama, kumpulan pakar daripada agensi kerajaan, pasukan Forest City dan syarikat konsultan profesional masih menjalankan siasatan bagi mencari punca kejadian. Pemeriksaan turut dijalankan terhadap aspek keselamatan di sekitar lokasi," menurut pihak pengurusan itu dalam kenyataan hari ini.
Pada Ahad lepas, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Mohd Noh dilapor berkata mendapan melibatkan jalan sepanjang 25 meter itu berlaku pada 2 petang, namun kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau mangsa.
Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pihak pengurusan akan membina jalan alternatif yang mengambil masa 48 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pihak pengurusan akan membina jalan alternatif yang mengambil masa 48 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada Rabu. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jalan Gua Musang-Jeli di KM 35 ditutup susulan tanah mendap - Polis
Jalan Gua Musang-Jeli di Kilometer 35 ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku mendapan tanah sepanjang 15 meter.

Lubang enam meter di Jalan Lojing-Gua Musang sedang dibaiki - Polis
Sebuah lubang sedalam enam meter yang berlaku di Jalan Lojing-Gua Musang di Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini sedang dibaiki, kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo.

Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.

Tanah mendap: Longkang berlubang punca hakisan, MPAJ laksana kerja pembaikan
Kejadian longkang berlubang dikenal pasti sebagai punca berlaku hakisan yang seterusnya menyebabkan mendapan di salah sebuah rumah di Blok D, Flat PKNS Taman Keramat Permai di sini.

Penduduk Flat PKNS Taman Keramat Permai risau tanah mendap terus berlaku
Koridor tingkat bawah di bahagian belakang sebuah unit rumah di blok D flat berkenaan, mendap sepanjang hampir dua meter.

Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan
Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan

Jambatan Sungai Musah ditutup kepada orang ramai
Kerosakan jambatan sepanjang 166 meter dan selebar 11.2 meter itu dikesan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Tanah mendap: Laluan dibuka semula, patuhi had laju - ANIH Berhad
ANIH Berhad turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi had laju yang ditetapkan dan berhati-hati semasa memandu di kawasan tersebut.

Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka
Sebahagian laluan KLK yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur.

Tanah mendap di Iskandar Puteri, jalan alternatif siap dibina
Jalan alternatif sepanjang satu kilometer itu telah siap dan dibuka kepada orang ramai mulai 11.40 pagi tadi.