KAPIT: Jambatan Sungai Musah di Jalan Tekait-Musah yang terletak kira-kira 21 kilometer dari pekan Song, ditutup kepada orang ramai selepas mengalami kerosakan teruk dipercayai akibat tanah mendap.
Kerosakan jambatan sepanjang 166 meter dan selebar 11.2 meter itu dikesan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
"Jalan tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan dan ditutup kepada semua pengguna jalan. Kerja-kerja pemasangan papan tanda amaran telah dilakukan," kata Ahli Dewan Undangan Katibas Lidam Assan hari ini setelah melawat tempat kejadian pada malam tadi.
Lidam berkata mereka yang terkesan adalah penduduk, warga kerja sekolah-sekolah rendah dan klinik-klinik di hulu Sungai Katibas yang meletak kenderaan mereka di Banjor.
Beliau berkata Jabatan Kerja Raya negeri akan memeriksa jambatan tersebut bagi menentukan punca sebenar kerosakan untuk tindakan seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Kerosakan jambatan sepanjang 166 meter dan selebar 11.2 meter itu dikesan kira-kira pukul 9.30 malam tadi. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jambatan Sungai Musah ditutup kepada orang ramai
Kerosakan jambatan sepanjang 166 meter dan selebar 11.2 meter itu dikesan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.