KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan Sarawak untuk memperkenalkan taksiran baharu bagi murid sekolah rendah dilihat dapat memacu sistem pendidikan negara menjadi lebih terbuka dan bersedia menghadapi persekitaran pendidikan yang pesat pada masa kini.
Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Anuar Ahmad berkata kepelbagaian format pentaksiran itu membolehkan murid dinilai secara adil, mengikut kesesuaian setempat.
"Misalnya di Kuala Lumpur, mungkin format yang terbaik adalah pentaksiran dalam bilik darjah, tetapi ada negeri dan kawasan terdapat murid terlalu ramai, guru tidak mencukupi atau keadaan setempat yang tidak mengalakkan aktiviti berlaku dalam bilik darjah, ia menjadikan pentaksiran seperti itu kurang berkesan.
"Maka, format pentaksiran seperti UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) itu mungkin lebih berkesan untuk membuat pentaksiran kemajuan anak-anak kita," katanya pada program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Sarawak untuk merangka sistem penilaian sendiri bagi murid tahun enam di semua sekolah kerajaan di negeri itu bagi menilai prestasi sebenar murid yang diumumkan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn pada bulan lepas.
Cadangan berkenaan mendapat sokongan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang memaklumkan perkara itu tidak bertentangan dengan dasar pendidikan negara, malah seiring dengan hala tuju Kementerian Pendidikan.
Anuar berkata beliau berpandangan kepelbagaian kaedah pentaksiran juga tidak akan menyebabkan terdapat perbezaan penguasaan ilmu antara kumpulan murid yang dinilai melalui pentaksiran berasaskan sekolah ataupun pentaksiran yang seumpama UPSR.
Beliau bekata ini kerana secara umumnya, matlamat setiap sekolah rendah adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai asas ilmu yang kukuh seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
"Mungkin perkara ini menjadi isu buat masa ini, tetapi saya yakin seperti mana negara lain yang mengamalkan desentralisasi pendikan, kita akan dapat melihat ia memanfaatkan anak-anak kerana mereka dinilai secara adil berdasarkan keperluan dan kesesuaian di mana sahaja mereka berada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Sarawak bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi murid Tahun Enam di semua sekolah kerajaan negeri itu bagi menilai prestasi sebenar murid. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem

Presiden MPN, profesor didakwa pecah amanah RM271,000
Presiden MPN dan seorang lagi profesor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan pecah amanah dan bersubahat.

Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.

Tidak terima dana kerajaan sejak bubar pada 2018 - MPN jawab pendedahan LKAN
Mulai tarikh pembubaran itu, MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri.

LKAN: MPN salah guna dana, bayar elaun tinggi dan biaya operasi dua syarikat ahli lembaga pengarah
Elaun RM207,000 dibayar kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi serta dana RM373,516 biaya operasi syarikat milik ahli lembaga pemegang amanah antara salah guna di MPN.

Taksiran murid sekolah rendah berbeza mampu pacu sistem pendidikan negara
Kepelbagaian format pentaksiran itu membolehkan murid dinilai secara adil, mengikut kesesuaian setempat.

Gelaran profesor bukan hanya pengiktirafan, tetapi tanggungjawab besar
Gelaran profesor diberikan kepada golongan cerdik pandai bukan sahaja bertujuan mengiktiraf kepintaran, tetapi ia melambangkan tanggungjawab besar yang ditanggung golongan berkenaan, kata Khaled.

Potensi kemasukan pelajar dari China meriahkan sektor pendidikan - MPN
Potensi kemasukan pelajar dari negara China untuk memeriahkan sektor pendidikan di negara ini dilihat sangat besar.

Pertemuan bersama ilmuan, 'koridor baharu' penuhi pentadbiran aspirasi rakyat - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan delegasi dari Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini.

PRU15: MPN gesa percepat bentuk kerajaan, ketepi kepentingan peribadi
MPN menyeru semua pihak meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi lain-lain kepentingan yang sempit dan bersifat peribadi.