PETALING JAYA: Dua sekawan tidak sempat membelanjakan wang hasil samun setelah mereka ditahan lapan jam selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek pertama ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah pangsapuri di sekitar Damansara pada jam 1.30 tengah hari dan hasil soal siasat berjaya memberkas rakannya di kawasan sama.
"Kejadian berlaku pada Khamis lebih kurang jam 5 pagi semasa mangsa sedang bekerja tiba-tiba dua lelaki tempatan meluru masuk ke dalam premis dan mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga.
"Mangsa yang ketakutan telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM800 bersama 14 kotak rokok sebelum suspek bertindak melarikan diri menaiki sebuah motosikal. Kerugian dianggarkan berjumlah RM1,043," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Fakhrudin berkata, hasil soal siasat, kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 39 tahun itu mengaku terlibat dalam kes terbabit.
Katanya, pemeriksaan lanjut telah menemui pakaian dan kenderaan disyaki digunakan suspek semasa kejadian dan merampas beberapa barangan yang dipercayai daripada hasil samun.
"Rampasan termasuk sebuah motosikal jenis Yamaha, sebilah pisau berukuran 30 sentimeter (cm), topi keledar (tiga), bang sandang (satu), baju hujan (satu), telefon bimbit (tiga), beg penghantar makanan berwarna jingga (satu), wang tunai RM1,520 dan 11 kotak rokok," jelas beliau.
Pada masa sama, Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan lanjut turut mendedahkan kedua-dua suspek terlibat dengan tiga kes samun berkawan tanpa senjata api membabitkan kedai serbaneka 24 jam di sekitar Petaling Jaya.
"Polis turut merampas pakaian disyaki dipakai semasa kejadian samun dan kami percaya telah menyelesaikan tiga kes samun berkawan dalam daerah Petaling Jaya," ujarnya.
Menurutnya, semakan mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan manakala suspek kedua empat rekod kesalahan narkotik.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa senjata api dan suspek akan dibawa ke Majistret pada Jumaat untuk permohonan reman," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 08 2022

Antara barangan yang ditemui disyaki hasil samun atau digunakan suspek semasa menyamun. - Foto PDRM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tak sempat belanja hasil samun, dua sahabat dicekup
Suspek pertama ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah pangsapuri di sekitar Damansara pada jam 1.30 tengah hari dan hasil soal siasat berjaya memberkas rakannya di kawasan sama.