KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menempelak cadangan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mengenai lantikan pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam.
Menyifatkan cadangan itu sebagai 'tidak berpijak di bumi nyata', Asyraf Wajdi menegaskan tiada keperluan untuk pakar bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa khas bagi mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah menurut Perlembagaan Persekutuan itu.
Katanya, cadangan itu hanya bakal mencetuskan polemik yang tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum selama ini.
"Sejak Merdeka, Mahkamah Syariah adalah dikhususkan kepada rakyat beragama Islam.
"Proses menambah baik dan menaik taraf Mahkamah Syariah yang dilakukan sejak UMNO menerajui kerajaan sentiasa dibuat secara bertahap dan mengambil kira ruang lingkup kuasa yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.
"Malah, sepanjang proses menaik taraf Mahkamah Syariah, baik dari segi pentadbiran, kompetensi, emolumen dan penggajian hakim dan pegawai mahkamah syariah, bentuk dan tahap hukuman yang diperuntukkan di bawah kuasa Mahkamah Syariah, tidak pernah sesekali mengambil atau mencabuli hak warga bukan Islam.
"Ini juga sejajar dengan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai pemelihara dan pelindung kepada kesucian agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan pada masa sama mengiktiraf kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas lanjut, Asyraf menyeru semua pihak untuk memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam menentukan panel-panel yang bakal mengganggotai jawatankuasa itu kelak.
Jelasnya, Raja-Raja Melayu amat bijaksana dan pasti mengambil kira segala aspek termasuk bidang kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dalam mengabsahkan terma-terma rujukan jawatankuasa ini.
"Apa jua dapatan jawatankuasa ini kelak, pastinya akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu setelah diteliti segala aspek yang terkait dengan perlembagaan.
"Malah jika ada sebarang cadangan yang melibatkan pindaan undang-undang mahupun perlembagaan, tentu sekali prosesnya akan turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen bukan Islam yang punya kuasa untuk membahas, menyokong, meminda mahupun menolak cadangan-cadangan yang terkait dengan penggubalan undang-undang mahupun perlembagaan," ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan disaran melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu jawatankuasa khas tersebut yang ditubuhkan pada awal bulan ini.
Ngeh dipetik berkata, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.
Beliau juga mengingatkan perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincangkan secara menyeluruh untuk mengelakkan konflik.
Afiezy Azaman
Fri Dec 29 2023
![Tak perlu bukan Islam dalam jawatankuasa khas kaji bidang kuasa Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi Tak perlu bukan Islam dalam jawatankuasa khas kaji bidang kuasa Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703814143_TBMASHUPORANG.jpg)
Asyraf Wajdi (kiri) berkata, cadangan yang dibuat Ngeh (kanan) hanya bakal mencetuskan polemik yang tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723618270_TBAsyrafWajdi.jpg)
PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.
![Kemenangan BN di Nenggiri bolehkan suara pembangkang lebih didengari Kemenangan BN di Nenggiri bolehkan suara pembangkang lebih didengari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685687390_TBpc.jpg)
Kemenangan BN di Nenggiri bolehkan suara pembangkang lebih didengari
Kemenangan itu menjadikan mekanisme semak dan imbang di negeri Kelantan lebih efektif.
![Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694643921_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta
Tuntutan itu merupakan tindakan undang-undang yang ditetapkan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang cuba melakukan perbuatan sedemikian.
![Tiada perbincangan kerjasama UMNO - Pas dalam PRU16 - Asyraf Wajdi Tiada perbincangan kerjasama UMNO - Pas dalam PRU16 - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721625292_tbAsyrafWajdi.jpg)
Tiada perbincangan kerjasama UMNO - Pas dalam PRU16 - Asyraf Wajdi
Tidak wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan UMNO dan Pas bagi membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
![Kita jumpa di mahkamah, kata Asyraf Wajdi kepada ADUN Rembia Kita jumpa di mahkamah, kata Asyraf Wajdi kepada ADUN Rembia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721463710_AsyrafWajdi.jpg)
"Kita jumpa di mahkamah", kata Asyraf Wajdi kepada ADUN Rembia
Setiausaha Agung UMNO hari ini mengemukakan dokumen perjanjian didakwa ditandatangani oleh ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis.
![Tindakan mahkamah menanti penyewa premis Mara degil Tindakan mahkamah menanti penyewa premis Mara degil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721363291_PengerusiMARA.jpg)
Tindakan mahkamah menanti penyewa premis Mara degil
Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan mahkamah berkenaan dibuat bagi mendapatkan perintah pengosongan dan pengeluaran saman terhadap penyewa terbabit.
![Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720909841_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.
![Buli di MRSM: Siasat secara menyeluruh sebelum laksana hukuman - Asyraf Wajdi Buli di MRSM: Siasat secara menyeluruh sebelum laksana hukuman - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668879809_TBAsyrafWajdi.jpg)
Buli di MRSM: Siasat secara menyeluruh sebelum laksana hukuman - Asyraf Wajdi
Siasatan menyeluruh perlu dilaksana terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes buli di MRSM.
![PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718165173_TBpc.jpg)
PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi
Pimpinan kedua-dua parti memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
![Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.