JOHOR BAHRU: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini berkata, kemajuan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura sudah mencapai tahap 17 peratus.
Beliau berkata penjadualan pembinaan projek nasional itu berjalan secara lancar bagi memastikan infrastruktur RTS Link Johor Bahru-Singapura itu disiapkan menjelang Disember 2024.
Menurutnya walaupun banyak cabaran yang dilalui, kementerian akan memastikan projek bilateral antara dua negara itu, akan cuba dipercepatkan agar pengoperasian yang ditetapkan pada Januari 2027 dapat dilaksanakan.
"Saya berpuas hati dengan perkembangan status kerja projek RTS yang berada di tahap 17 peratus. Dari segi teknikal, tidak mengalami sebarang isu cuma untuk mengalihkan laluan paip milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura.
"Pengalihan paip 900 milimeter dan 1,600 milimeter juga selesai daripada segi persetujuan dasar membabitkan republik itu dan akan dibentangkan di peringkat Kabinet dalam masa terdekat.
"Kementerian akan meminta Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp), memantau prestasi pihak kontraktor untuk percepatkan pembinaan projek tersebut mengikut jadual," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan mengejut ke tapak projek RTS Link di Bukit Chagar, di sini hari ini.
Wee berkata, pihak kontraktor kini sedang membuat penanaman cerucuk sejak beberapa bulan yang lalu dan selepas itu lebih ramai pekerja pembinaan akan dibawa masuk ke lokasi pembinaan projek tersebut.
Beliau berkata, enam pakej pembangunan projek tersebut melibatkan kawasan depot, stesen dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) berjalan secara serentak dan memerlukan pekerja yang ramai.
"MRT Corp sedia berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan bekalan pekerja mencukupi, khususnya dalam keadaan menunggu kemasukan pekerja dalam bidang pembinaan.
"Ini antara cabaran yang perlu kita perhalusi, untuk pastikan tidak ada kelewatan kerana ini melibatkan dua buah negara dan perjanjian bilateral telah kita tandatangani, apapun projek ini perlu disempurnakan menjelang hujung 2026," katanya.
Selain itu, Wee berkata usaha mewujudkan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan aliran trafik selepas projek RTS Link siap juga sedang dibincangkan.
Perincian penyediaan tiga jalan keluar masuk utama ke RTS Link dari Pandan, Jalan Lingkaran Dalam dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) turut dicadangkan bagi memastikan kelancaran lalu lintas setelas projek itu siap.
Projek RTS Link, yang dijadualkan siap menjelang Disember 2026, dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Tambak Johor setiap hari.
Rangkaian itu akan mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 10,000 orang sejam, dengan itu membantu meringankan kesesakan trafik di lebuh raya.
RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.
--BERNAMA
TAG : wee ka siong, RTS Link, johor bahru-singapura
Bernama
Sat Jun 11 2022

Wee Ka Siong (tengah) ketika melakukan lawatan mengejut ke tapak projek RTS Link di Bukit Chagar, Johor Bahru, pada Sabtu. - Facebook Wee Ka Siong

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.

Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.

Pembangunan infrastruktur rel RTS Link capai kemajuan 83 peratus - Anthony Loke
Kemajuan kerja-kerja pembinaan infrastruktur rel projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura telah mencapai 83 peratus setakat akhir Julai lepas.

Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF
Kerajaan menjangkakan tiada sebarang peningkatan kos yang ketara bagi projek infrastruktur Rapid Transit System Link (RTS Link) sehingga tamat tempoh pembinaannya.

'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.

RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.

RTS bakal lonjakkan usaha perkasakan pengangkutan awam di Johor - Pakar
Projek itu dijangka melonjakkan usaha memperkasakan pengangkutan awam di negeri ini terutamanya yang melibatkan pengangkutan rel.

Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.

Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.