KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kebenaran Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Adendum dalam kes pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian semasa pendengaran permohonan kebenaran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ini untuk memfailkan afidavit untuk membetulkan kesilapan fakta dalam afidavit dikemukakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ia berhubung dakwaan Presiden UMNO itu, bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16 mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari lalu, supaya Najib, 71, menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, mengesahkan demikian ketika ditemui selepas prosiding pada Khamis.
Semakan kehakiman itu bagi mencabar kewujudan perintah tambahan (titah adendum) yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.
Memetik laporan Berita Harian pada Khamis, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan Hakim Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan itu atas alasan permohonan Najib ketika ini adalah sebelah pihak (ex-parte) dan tiada peruntukan undang-undang untuk Tengku Zafrul memasukkan afidavitnya ketika ini.
"Tengku Zafrul boleh mencuba semula (untuk memasukkan afidavit) sekiranya mahkamah membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Najib," kata Ahmad Hanir, memetik laporan itu lagi.
Sementara itu, Muhammad Shafee berkata beliau membantah permohonan Tengku Zafrul bukan salah seorang pihak dalam permohonan semakan kehakiman Najib.
“Tiada prosedur, maka hakim menolak permohonan itu. Namun, jika (Najib) mendapat kebenaran (semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum), beliau (Tengku Zafrul) boleh memfailkannya kembali (mohon kebenaran fail afidavit).
Beliau menambah, Tengku Zafrul mungkin akan tidak berbuat demikian lagi, namun tidak rugi untuk mencuba. Alasan sama badan peguam tidak dibenarkan mengikuti kes kerana ia adalah ‘ex-parte’ (sebelah pihak),” katanya.
Sebelum ini, pihak pembelaan Tengku Zafrul (beliau diwakili peguam Datuk Sunil Abraham) berkata afidavit diikrarkan Ahli MKT UMNO itu adalah untuk menangani secara khusus pengataan terkandung dalam Afidavit Tambahan No 3 yang diikrarkan oleh Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno pada 9 April lalu.
Menurutnya, ia berikutan terdapat fakta didakwa tidak tepat yang perlu diperbetulkan menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
Najib, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April menerusi Tetuan Shafee & Co. Beliau turut menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah supaya kesemua responden atau seorang daripada mereka diarah untuk menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.
Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, maka kesemua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Najib turut memohon perintah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda serta titah adendum, selain memohon kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Astro Awani
Thu May 02 2024
![Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705406279_TBTengkuzafrulj.jpg)
Ia memutuskan demikian semasa pendengaran permohonan kebenaran Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ini untuk memfailkan afidavit untuk membetulkan kesilapan fakta dalam afidavit dikemukakan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719929006_TBIndiastampede.jpg)
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
Tumpuan Rabu – 03 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710161740_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II
Kerajaan bersetuju membenarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengeluarkan e-Invois yang disatukan iaitu yang menggabungkan semua urus niaga jualan setiap bulan.
![SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
![Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719927009_AgendaAWANI.jpg)
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
![Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719931819_TBKhooYingHooi.jpg)
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Ying Hooi merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang dilantik secara rasmi sebagai Anggota Dewan Penasihat Antarabangsa (IAC).
![Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719922608_TBFahmiFadzil.jpg)
Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
![KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694504905_JohariGhanibahas.jpg)
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari
KPK bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
![Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719930946_TBsprm.jpg)
Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu
Penahanan itu bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM1 bilion membabitkan projek lebuh raya di Lembah Klang.
![Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705406279_TBTengkuzafrulj.jpg)
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
![MITI terbuka kongsi status pelaburan, serius realisasikan komitmen RM170 bilion dari China MITI terbuka kongsi status pelaburan, serius realisasikan komitmen RM170 bilion dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697859379_ZafrulAziz.jpg)
MITI terbuka kongsi status pelaburan, serius realisasikan komitmen RM170 bilion dari China
Apabila sesuatu komitmen pelaburan diumumkan, ini bermakna syarikat tersebut bersetuju untuk melabur di Malaysia.
![Malaysia dijangka laksana kaedah percukaian dua tonggak pada 2024 - Tengku Zafrul Malaysia dijangka laksana kaedah percukaian dua tonggak pada 2024 - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662113285_TengkuZafrulAziz.jpg)
Malaysia dijangka laksana kaedah percukaian dua tonggak pada 2024 - Tengku Zafrul
Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan "pendekatan dua tonggak" dalam percukaian untuk mewujudkan persekitaran berdaya saing bagi pelaburan langsung asing dan domestik.
![Dewan Negara lulus Bajet 2022 Dewan Negara lulus Bajet 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635425277_Zafrul.jpg)
Dewan Negara lulus Bajet 2022
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022).
![Pelaksanaan PPN peringkat negeri lebih adil - Tengku Zafrul Pelaksanaan PPN peringkat negeri lebih adil - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625313015_TengkuZafrul.jpg)
Pelaksanaan PPN peringkat negeri lebih adil - Tengku Zafrul
Pelaksanaan PPN bagi peringkat negeri secara berfasa adalah lebih adil kerana ia membolehkan peralihan lebih awal bagi negeri-negeri yang berjaya menurunkan kes dengan ketara.
![Kerajaan lulus subsidi upah RM12.888 bilion - Tengku Zafrul Kerajaan lulus subsidi upah RM12.888 bilion - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614084852_TBZafrul.jpg)
Kerajaan lulus subsidi upah RM12.888 bilion - Tengku Zafrul
Kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM12.888 bilion di bawah Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) setakat 7 Mei.
![Dakwaan Najib kadar hutang negara kepada KDNK lepasi siling 60 peratus tidak benar - Tengku Zafrul Dakwaan Najib kadar hutang negara kepada KDNK lepasi siling 60 peratus tidak benar - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614084852_TBZafrul.jpg)
Dakwaan Najib kadar hutang negara kepada KDNK lepasi siling 60 peratus tidak benar - Tengku Zafrul
Buat masa ini kadar hutang kepada KDNK pada bulan Februari ialah 54 peratus, dan unjuran pada hujung tahun ini ialah 58.5 peratus.
![Malaysia tidak teragak-agak kembangkan kedudukan fiskal untuk pulih ekonomi Malaysia tidak teragak-agak kembangkan kedudukan fiskal untuk pulih ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51591076912_ZafrulTengkuAbdul.jpg)
Malaysia tidak teragak-agak kembangkan kedudukan fiskal untuk pulih ekonomi
Tengku Zafrul berkata kerajaan juga akan melaksanakan Strategi Hasil Jangka Sederhana yang antara lainnya mengurangkan kebergantungan negara terhadap hasil komoditi.
![Semua petugas barisan hadapan terima 'one-off' RM300, termasuk anggota polis dan tentera Semua petugas barisan hadapan terima 'one-off' RM300, termasuk anggota polis dan tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605263183_950x600.jpg)
Semua petugas barisan hadapan terima 'one-off' RM300, termasuk anggota polis dan tentera
Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian bantuan secara sekali bayaran atau 'one-off' berjumlah RM300 kepada semua petugas barisan hadapan.
![Mahu keluar Wang KWSP? Tunggu Belanjawan 2021 Mahu keluar Wang KWSP? Tunggu Belanjawan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41593178468_KWSPLogo.jpg)
Mahu keluar Wang KWSP? Tunggu Belanjawan 2021
Kerajaan sedia mengkaji cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari akaun satu untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan.