KUALA LUMPUR: Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan "pendekatan dua tonggak" dalam percukaian untuk mewujudkan persekitaran berdaya saing bagi pelaburan langsung asing dan domestik, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pendekatan itu, yang turut mencegah pengelakan cukai rentas sempadan sedang dikaji pada masa ini dan dianggarkan bermula pada 2024, katanya dalam ucap tama pada Mesyuarat Tahunan ke-51 Kumpulan Kajian Mengenai Pentadbiran dan Penyelidikan Cukai Asia Pasifik (SGATAR) 2022 di sini hari ini.
Pendekatan dua tonggak itu berpandukan kepada inisiatif Hakisan Asas dan Peralihan Keuntungan (BEPS) 2.0 oleh Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan G20.
Tengku Zafrul berkata kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan sistem invois elektronik (e-invois) secara berperingkat mulai tahun depan untuk meningkatkan kecekapan sistem cukai kerajaan.
"Pelaksanaan e-invois ini akan turut membantu pelaksanaan ekosistem perniagaan elektronik yang mampan dan menyediakan jejak audit lebih dipercayai, sekali gus meningkatan ketelusan cukai, dan dilihat sebagai antara strategi utama untuk menaikkan hasil cukai," katanya.
Tengku Zafrul berkata, ini akan melengkapkan satu daripada sasaran kerajaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu mendigitalkan 90 peratus daripada operasi PKS menjelang 2025.
"Pelaksanaan e-invois juga akan menyokong penggunaan Nombor Pengenalan Cukai yang wajib dilaksanakan untuk semua dokumen dan instrumen.
"Ini akan menjadi satu langkah untuk meluaskan kutipan cukai pendapatan, memastikan sumber hasil yang mampan kepada kerajaan," katanya.
Tengku Zafrul berkata, pelaksanaan itu juga konsisten dengan laporan OECD mengenai pengenalan diri digital pembayar cukai yang memperakui ciri tersebut sebagai antara elemen teras bagi pengurusan cukai secara lancar pada masa depan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata e-invois tersebut akan memperketat ketirisan dalam sistem percukaian dan persiapan bagi pelaksanaannya akan dilaksanakan pada 2023.
"Kita juga berhasrat untuk menjalankan projek rintis yang berkemungkinan pada 2024," katanya kepada pemberita di luar acara itu.
Beliau berkata, SGATAR telah memainkan peranan penting dalam mengetengahkan satu platform untuk meningkatkan prestasi pentadbiran cukai di rantau Asia Pasifik dengan menggalakkan kerjasama serta komunikasi dalam kalangan anggota pentadbir cukai.
"Kali ini, ketua-ketua delegasi ini akan menumpukan tiga aspek perbincangan iaitu menangani cabaran baharu dalam pentadbiran cukai dengan fokus merangkumi sumber manusia dan struktur organisasi; meningkatkan pematuhan secara sukarela serta perkembangan baharu dalam pembangunan pentadbiran cukai serta kemas kini berkaitan pembaharuan cukai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Pendekatan dua tonggak itu berpandukan kepada inisiatif Hakisan Asas dan Peralihan Keuntungan (BEPS) 2.0 oleh Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan G20. - Fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar
Pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
Dewan Rakyat lulus lima usul Kementerian Kewangan
Dewan Rakyat meluluskan lima usul yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan hari ini yang melibatkan pendanaan kerajaan serta percukaian.
Malaysia dijangka laksana kaedah percukaian dua tonggak pada 2024 - Tengku Zafrul
Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan "pendekatan dua tonggak" dalam percukaian untuk mewujudkan persekitaran berdaya saing bagi pelaburan langsung asing dan domestik.
VAT 2.0: Kenapa, bila dan bagaimana?
Pengalaman negara-negara lain menunjukkan pengenalan VAT satu sistem pematuhan adalah lebih baik daripada pengenalan pelbagai sistem.
Tidak perlu panik Malaysia dimasukkan dalam senarai perhatian cukai EU - Deloitte
Ketua Percukaian Antarabangsa Deloitte Malaysia, Tan Hooi Beng berkata, itu hanyalah masalah masa sebelum Malaysia beralih ke senarai putih.
RUU mansuh GST, laksana SST dibentang hari ini
Kedua-dua RUU tersebut tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Md Farid Md Rafik bersekali dengan tiga lagi RUU yang lain.