SAYA berkesempatan berbincang secara ringkas berkenaan dengan GST dalam program Agenda AWANI pada 3 Jun 2022 yang lalu. Artikel ini saya sediakan bagi memperinci beberapa perkara yang tidak sempat dikupas pada program tersebut. Saya ingin memberi pandangan kepada tiga soalan di bawah. Sebelum itu, saya ingin menggunakan istilah VAT atau Value Added Tax berbanding GST atau Goods and Services Tax. Baca hujah saya dalam artikel ini.
Kenapa VAT ingin diperkenalkan semula?
Hujah yang digunakan oleh pihak kerajaan adalah terarah untuk meningkatkan kemampanan fiskal negara. Betul, tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, menggunakan hujah VAT sebagai alat meningkatkan kecekapan dan pengagihan ekonomi adalah lebih ideal.
Umpamanya, pengenalan VAT dapat mengenal pasti kuasa monopoli yang wujud dalam pasaran melalui pemantauan margin keuntungan syarikat. Ini akan membantu kerajaan membenteras kartel dan memastikan harga barangan seperti makanan yang lebih terkawal di masa hadapan. Selain itu, VAT juga diperkenalkan bagi memastikan sebahagian kekayaan mereka yang berpendapatan tinggi dapat diagihkan kepada mereka yang berpendapatan rendah melalui potongan cukai VAT ke atas barang mewah. VAT juga membantu meningkatkan penyertaan sektor tak formal kepada formal bagi memudahkan bantuan dan sokongan kerajaan kepada pemilik dan pekerja sektor-sektor ekonomi.
Bilakah masa yang sesuai untuk dilaksanakan?
Penentuan masa adalah sangat penting bagi memastikan perlaksanaan VAT tidak membebankan semua pihak. Pada pandangan saya, tiga faktor berikut menjadi penentu utama kepada persoalan bilakah ianya akan dilaksanakan?
Pertama, pendidikan VAT dan kepenggunaan perlu dibuat terlebih dahulu kepada semua lapisan masyarakat termasuklah ahli politik, ahli parlimen, pegawai kerajaan, guru sekolah, ketua-ketua masyarakat dan khalayak ramai, apatah lagi golongan peniaga. VAT 1.0 yang dilaksanakan dahulu menunjukkan keadaan ketidakfahaman yang sangat jelas yang menyumbang kepada eksploitasi pasaran. Jika semua memahami sistem VAT, harga barangan di kedai ekonomi tidak akan naik daripada RM2 kepada RM2.10 untuk kadar 6% VAT. Pendidikan dan kefahaman menyeluruh perlu diterapkan sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum dilaksanakan. Pelan komunikasi kerajaan perlu sistematik. Jangan melaksanakan pelan komunikasi pendidikan selepas perlaksanaan.
Faktor kedua adalah kestabilan ekonomi. Kestabilan ekonomi bukan bermaksud ekonomi perlu berada dalam keadaan pertumbuhan yang tinggi. Kestabilan ekonomi di sini bermaksud ekonomi beroperasi secara normal tanpa ada kekejutan pasaran seperti kekangan bahan mentah, kekurangan pekerja dan tukaran mata asing yang tidak menentu. Kekejutan pasaran ini boleh memberi kesan herotan kepada perlaksanaan VAT.
Faktor ketiga ialah kestabilan tadbir urus ekonomi yang diterjemahkan kepada kestabilan politik. Kedudukan politik yang stabil membolehkan dasar-dasar yang tidak populis tetapi baik kepada ekonomi boleh dilaksanakan.
Bagaimanakah VAT 2.0 perlu dilaksanakan
Perlaksanaan VAT 1.0 cukup memberi pengajaran yang jelas kepada semua pihak tentang apa penambahbaikkan yang perlu dibuat untuk VAT 2.0. Saya kongsikan dua perkara sahaja.
Pertama, jangan guna lagi istilah GST kerana ianya tidak memberi gambaran berkenaan cukai nilai ditambah dan melambatkan kefahaman umum. GST adalah cukai ke atas nilai ditambah (value added) yang dicipta oleh sektor ekonomi. Jadi kenapa perlu dinamakan GST? VAT adalah istilah yang digunakan oleh kebanyakkan negara. Sos tomato dipanggil kerana bahan utamanya adalah buah tomato. Pelik jika buah tomato dibuat sos tetapi dipanggil sos jambu! Apabila dipanggil nama yang betul, ini akan memudahkan kefahaman semua pihak.
Kedua, pengalaman negara-negara lain menunjukkan pengenalan VAT satu sistem pematuhan adalah lebih baik daripada pengenalan pelbagai sistem. Untuk rekod, VAT 1.0 terdahulu memperkenalkan tiga sistem pematuhan yang menyebabkan kekeliruan dan kewujudan ruang kepada eksploitasi pasaran. Apabila wujudnya satu sistem VAT, bantuan kepada mereka yang berpendapatan rendah boleh dilakukan melalui pemindahan tunai atau kaedah bukan tunai seperti kad diskaun atau pengecualian VAT. Kaedah satu sistem juga mengelakkan berlakunya kelewatan pembayaran tuntutan seperti mana sistem terdahulu.
*Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari ialah Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS, PERKESO
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
Mon Jun 06 2022
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, menggunakan hujah VAT sebagai alat meningkatkan kecekapan dan pengagihan ekonomi adalah lebih ideal.- Gambar hiasan/Astro AWANI
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025.
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.
Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.
PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.
Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.