KUALA LUMPUR: Tidak perlu panik mengenai Malaysia yang disenaraikan dalam senarai kelabu Kesatuan Eropah (EU) yang dikemas kini oleh Suruhanjaya Eropah, kata Ketua Percukaian Antarabangsa Deloitte Malaysia, Tan Hooi Beng.
Beliau berkata, Malaysia telah komited untuk meminda undang-undang percukaiannya pada 31 Disember 2022, dan ini tidak dijangka kerana Malaysia memiliki bidang kuasa yang sentiasa menekankan keadilan dan ketelusan dalam percukaian.
"Ini hanyalah masalah masa sebelum Malaysia beralih ke senarai putih.
"Sehubungan itu, tidak perlu ada yang menekan butang panik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 5 Oktober 2021, Suruhanjaya Eropah mengumumkan Malaysia, bersama dengan Hong Kong, Costa Rica, Qatar, dan Uruguay berada dalam senarai kelabu, yang mana negara-negara ini belum mematuhi piawaian standard cukai antarabangsa tetapi telah membuat komitmen untuk mereformasikan dasar cukai.
Pada masa ini, beliau berkata Malaysia mengamalkan rejim cukai wilayah, yang mana hanya sumber pendapatan dalam Malaysia dan lingkungannya yang dikenakan cukai.
Tan berkata hasil daripada semakan rejim pengecualian pendapatan sumber asing, EU menganggap rejim cukai sumber wilayah Malaysia adalah merbahaya.
EU telah memberi Malaysia tarikh akhir 31 Disember 2022 untuk mengubah rejim percukaiannya, dan difahamkan bahawa Malaysia telah bersetuju untuk melakukannya.
"Sebagai hasil daripada kesediaan Malaysia untuk bertindak terhadap kebimbangan EU itu, langkah-langkah tindakan oleh EU akan ditangguhkan, bergantung kepada bila pindaan tersebut dilakukan.
"Malaysia tidak harus terburu-buru dalam meminda rejim percukaiannya dan perlu meneruskan amalan baik untuk berunding dengan pihak-pihak berkepentingan," kata Tan.
Beliau menambah kajian semula yang lebih baik adalah penting termasuk menganalisis rejim cukai negara-negara yang tidak ada dalam senarai atau yang telah keluar daripada senarai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021
EU telah memberi Malaysia tarikh akhir 31 Disember 2022 untuk mengubah rejim percukaiannya, dan difahamkan bahawa Malaysia telah bersetuju untuk melakukannya. - Gambar fail
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.
IPO Malaysia terus kumpul dana, tarik pelabur - Deloitte
IPO semakin berkembang pesat di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, menjadikan ia sebagai pilihan utama kepada pelabur.
Deloitte berhentikan 1,200 pekerja
Firma audit Deloitte dilaporkan bakal melakukan pengurangan pekerja melibatkan seramai 1,200 orang mewakili 1.5 peratus pekerjanya di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia harus fokus peningkatan modal insan - Deloitte
Dengan mengurangkan bilangan pekerja dan mengekalkan struktur birokrasi dan hierarki yang sama tidak akan menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang, kata Lee.
Landskap industri perbankan dan kewangan dijangka lebih menarik dengan kehadiran bank digital - Deloitte
Dengan lebih dari 29 permohonan bersaing untuk mendapatkan lesen dari bank pusat, ini menunjukkan minat yang jelas dari para peserta dan peluang pasaran.
Deloitte buat penyelesaian RM324 juta berkaitan 1MDB, SRC - Kementerian Kewangan
MoF berkata penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.
COVID-19 pacu pendigitalan dalam organisasi - Deloitte
Lebih satu pertiga respons menunjukkan organisasi mereka mengalami insiden penipuan dalam tempoh 12 bulan lepas, atau menjangkakan lebih banyak insiden penipuan dalam beberapa bulan akan datang.
1MDB: Polis serbu pejabat Deloitte
Serbuan bermula jam 10.45 pagi tadi, membabitkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Deloitte dikenakan penalti RM2 juta oleh Suruhanjaya Sekuriti
Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengesahkan telah mengenakan penalti sebanyak RM 2 juta ke Deloitte PLT (Deloitte) atas 4 pelanggaran berkaitan dengan Program Sukuk Murabahah.
Penyata kewangan 1MDB 2013-2014 tidak boleh diguna pakai
Langkah itu diambil sementara menunggu keputusan akhir mahkamah mengenai fakta beberapa dakwaan seperti yang dinyatakan dalam aduan rampasan sivil DOJ.