KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi peringkat negeri secara berfasa adalah lebih adil kerana ia membolehkan peralihan lebih awal bagi negeri-negeri yang berjaya menurunkan kes dengan ketara serta mencapai nilai ambang yang digariskan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata PPN yang dilaksanakan sejak awal Jun lepas telah menyaksikan perkembangan yang positif apabila negeri-negeri seperti Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu yang berjaya mencapai nilai ambang Fasa Dua akan beralih kepada Fasa Dua PPN pada 5 Julai ini.
"Kita perlu memberi penghargaan kepada mereka yang dapat mencapai nilai ambang dan terus memberi motivasi kepada negeri lain untuk mencapai sasaran yang ditetapkan untuk negeri masing-masing," katanya yang juga Menteri Penyelaras PPN pada sidang media bersama Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Fasa PPN di peringkat negeri merupakan pelan penambahbaikan kepada pelan PPN yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lepas.
Tengku Zafrul berkata selepas sebulan Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kelima-lima negeri itu mencatatkan penurunan kes harian antara 12.2 peratus dan 6.1 peratus bagi 100,000 penduduk, peningkatan kapasiti di wad ICU yang pulih kepada paras sederhana dan tidak lagi berada di tahap kritikal serta kadar vaksinasi mencapai antara 10 peratus dan 40 peratus bagi populasi dewasa.
"Dengan perkembangan ini, dicadangkan agar kerajaan memberi autonomi, insentif dan harapan kepada setiap negeri untuk sama-sama berusaha memutuskan rantaian COVID-19, meningkatkan vaksinasi dan beralih daripada Fasa Satu kepada fasa seterusnya," katanya.
BACA: Lima negeri memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara 5 Julai ini
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata walaupun kadar vaksinasi meningkat dan kapasiti menunjukkan kadar jangkitan lebih terkawal, namun ia masih di tahap membimbangkan kerana kes harian tidak menurun.
"Daripada analisa, Lembah Klang mencatatkan antara 40 peratus dan 50 peratus kes harian yang dilaporkan sejak April, manakala kebanyakan negeri lain mencatatkan pengurangan kes sejak bermulanya fasa pertama iaitu 1 Jun lepas.
"Kelantan dan Terengganu telah menunjukkan pengurangan lebih 80 peratus sejak 1 Jun. Ini menunjukkan PKP secara berfasa ini memberikan impak positif.
"Sehubungan itu, wajar dipertimbangkan peralihan fasa di peringkat negeri terutamanya negeri yang mencapai pengurangan kes serta mempunyai sistem kesihatan awam di tahap positif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bercakap semasa sidang media berhubung Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Lembah Klang beralih ke Fasa Dua PPN? Mesyuarat Jawatankuasa Khas akan tentukan
Bagaimanapun, ia akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan kabinet.
Pelaksanaan PPN peringkat negeri lebih adil - Tengku Zafrul
Pelaksanaan PPN bagi peringkat negeri secara berfasa adalah lebih adil kerana ia membolehkan peralihan lebih awal bagi negeri-negeri yang berjaya menurunkan kes dengan ketara.