KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM12.888 bilion di bawah Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) setakat 7 Mei, 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-53, yang dikeluarkan hari ini.
Tengku Zafrul berkata kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan PKS mikro yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19.
Menurutnya, setakat 7 Mei, di bawah pembiayaan sektor pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), terdapat 653 permohonan direkodkan bagi pembiayaan itu dan daripada jumlah tersebut sebanyak 325 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM64.6 juta.
"Pihak Kementerian memahami bahawa keadaan pandemik yang masih mencabar menghadkan peniaga untuk memohon daripada dana ini.
"Namun, kerajaan berharap agar apabila keadaan kembali pulih, penggiat industri pelancongan mempunyai dana sedia ada untuk diguna pakai bagi mengembangkan perniagaan masing-masing bagi memanfaatkan gelombang pemulihan ekonomi serantau," katanya.
Tengku Zafrul berkata bagi menyokong sektor pelancongan sehingga 30 Jun, nilai pengecualian cukai yang dimanfaatkan oleh pengendali premis penginapan telah mencecah RM2.333 bilion setakat 7 Mei, iaitu peningkatan sebanyak RM962.7 juta berbanding RM1.37 bilion yang direkodkan pada 29 Jan 2021.
Antara inisiatif lain bagi menyokong sektor pelancongan termasuklah pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong, serta pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021

Tengku Zafrul berkata kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan PKS mikro. - Bernama

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.

MITI terbuka kongsi status pelaburan, serius realisasikan komitmen RM170 bilion dari China
Apabila sesuatu komitmen pelaburan diumumkan, ini bermakna syarikat tersebut bersetuju untuk melabur di Malaysia.

Malaysia dijangka laksana kaedah percukaian dua tonggak pada 2024 - Tengku Zafrul
Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan "pendekatan dua tonggak" dalam percukaian untuk mewujudkan persekitaran berdaya saing bagi pelaburan langsung asing dan domestik.

Dewan Negara lulus Bajet 2022
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022).

Pelaksanaan PPN peringkat negeri lebih adil - Tengku Zafrul
Pelaksanaan PPN bagi peringkat negeri secara berfasa adalah lebih adil kerana ia membolehkan peralihan lebih awal bagi negeri-negeri yang berjaya menurunkan kes dengan ketara.

Kerajaan lulus subsidi upah RM12.888 bilion - Tengku Zafrul
Kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM12.888 bilion di bawah Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) setakat 7 Mei.

Dakwaan Najib kadar hutang negara kepada KDNK lepasi siling 60 peratus tidak benar - Tengku Zafrul
Buat masa ini kadar hutang kepada KDNK pada bulan Februari ialah 54 peratus, dan unjuran pada hujung tahun ini ialah 58.5 peratus.

Malaysia tidak teragak-agak kembangkan kedudukan fiskal untuk pulih ekonomi
Tengku Zafrul berkata kerajaan juga akan melaksanakan Strategi Hasil Jangka Sederhana yang antara lainnya mengurangkan kebergantungan negara terhadap hasil komoditi.

Semua petugas barisan hadapan terima 'one-off' RM300, termasuk anggota polis dan tentera
Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian bantuan secara sekali bayaran atau 'one-off' berjumlah RM300 kepada semua petugas barisan hadapan.