KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menerima pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi apabila merangkul Anugerah Labaittom bagi kategori Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah, Arab Saudi.
Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah menyampaikan anugerah tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar pada persidangan itu yang berlangsung pada 9 hingga 12 Jan lepas.
Menerusi kenyataan dikeluarkan TH hari ini, Mohd Na'im berkata anugerah berkenaan amat bermakna khususnya apabila TH meraikan ulang tahun ke-60 pada tahun ini.
"Anugerah ini juga merupakan pengiktirafan buat negara kerana berjaya melahirkan sebuah institusi unik yang kini menjadi contoh kepada negara Islam lain.
"Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas usaha memberi bimbingan ibadat haji dan program kesedaran dalam aspek menjaga kesihatan kendiri, peradaban serta kepentingan kebersihan persekitaran," kata beliau.
Sementara itu, TH berkata keupayaan institusi berkenaan dalam membimbing jemaah haji Malaysia agar mempunyai pengetahuan yang baik dalam ibadat haji sentiasa mendapat pujian dan diiktiraf pelbagai pihak khususnya kerajaan Arab Saudi.
"Setiap tahun, TH menganjurkan kursus haji di tanah air secara fizikal dan dalam talian di samping menyediakan pembimbing ibadat haji untuk sesi bimbingan di Tanah Suci semasa jemaah haji mengerjakan ibadat itu. Secara keseluruhannya, TH sediakan lebih 500 Pengkursus Haji Tanah Air (PEKTA) dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) untuk membantu jemaah.
"TH juga menganjurkan Muzakarah Haji setiap tahun selepas selesai musim haji bagi meningkatkan lagi keberkesanan bimbingan haji termasuk menambah baik modul kursus haji serta penerbitan yang dihasilkan demi kepentingan umat Islam Malaysia semasa melaksanakan ibadat di Tanah Suci," menurut TH.
Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 itu disertai oleh 56 negara termasuk Malaysia yang diwakili oleh TH.
Turut hadir pada sesi penyampaian anugerah itu, Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin, Pengarah Eksekutif Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan pegawai TH di Arab Saudi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
![Tabung Haji diiktiraf pembimbing haji terbaik dunia Islam Tabung Haji diiktiraf pembimbing haji terbaik dunia Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633787219_TabungHaji.jpg)
Anugerah itu disifatkan pengiktirafan buat negara kerana berjaya melahirkan sebuah institusi unik yang kini menjadi contoh kepada negara Islam lain. - Gambar fail
Pelan asal hab anak muda libat naik taraf balapan
Pelan asal pembinaan hab anak muda di Stadium Muar melibatkan skop naik taraf balapan.
![Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721195863_lapanrumahmusnah.jpg)
Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Jalan Apas pagi tadi.
Wanita melecur, lapan rumah di Tawau musnah
Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, Tawau Sabah pada awal pagi Rabu.
Penganggur tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas seorang penganggur atas kesalahan menikam seorang remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian pada 2010
[TERKINI] Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.
![Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721199094_insidentembakanber.jpg)
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
![Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693632996_EmmanuelMacron.png)
Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.
![Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721191154_GrandHyattErawanh.jpg)
Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.
![Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721191129_DzulkeflyAhmad.jpg)
Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly
Penubuhan dana kesihatan negara yang sedang dipertimbang adalah sebagai kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan masa hadapan.
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719565650_PINTAR.jpg)
Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit
Kerajaan memberi jaminan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji selamat digunakan walaupun terdapat beberapa pembaharuan.
![Tiada bukti THiJARI digodam, pendeposit hilang wang akibat ditipu - Zulkifli Tiada bukti THiJARI digodam, pendeposit hilang wang akibat ditipu - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718603036_ZulkifliHasan.jpg)
Tiada bukti THiJARI digodam, pendeposit hilang wang akibat ditipu - Zulkifli
Siasatan TH mendapati pendeposit yang kehilangan wang dalam akaun disebabkan menjadi mangsa kepada aktiviti scammer.
![Kumpulan pertama jemaah haji tiba di tanah air Kumpulan pertama jemaah haji tiba di tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719265535_JemaahHaji.jpg)
Kumpulan pertama jemaah haji tiba di tanah air
Kumpulan yang terdiri daripada jemaah Kedah dan Kelantan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 6.40 pagi.
![Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715821710_SyedSallehSyedAbd.jpg)
Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh
Ini kerana setiap negara telah diperuntuk dengan keluasan tanah tertentu berdasarkan jumlah kuota jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.
![Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718838127_MohdNaimMokhtar.jpg)
Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Kesemua mereka bagaimanapun sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah (15 Jun 2024).
![Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718458345_TBMuhammadFakhrurR.jpg)
Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.
![Suami tidak sangka terima khabar isteri telah tiada semasa di hadapan Kaabah Suami tidak sangka terima khabar isteri telah tiada semasa di hadapan Kaabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718198820_tbZuraidaMohdHaris.jpg)
Suami tidak sangka terima khabar isteri telah tiada semasa di hadapan Kaabah
Mohd Azmil, 38, sempat mendoakan pengakhiran yang terbaik untuk Zuraida, beberapa jam sebelum Allahyarham menutup usianya pada angka 37 tahun.
![Jemaah haji wanita meninggal dunia empat hari sebelum berwukuf Jemaah haji wanita meninggal dunia empat hari sebelum berwukuf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718099101_tbZuraidaMohdHaris.jpg)
Jemaah haji wanita meninggal dunia empat hari sebelum berwukuf
Jenazah Zuraida dikebumikan pada pagi Selasa di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram di Mekah.
![TH beri komitmen sepenuhnya kepada PDRM tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji TH beri komitmen sepenuhnya kepada PDRM tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717340011_TBKANDAS.jpg)
TH beri komitmen sepenuhnya kepada PDRM tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji
Tabung Haji akan beri komitmen penuh kepada PDRM yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk tangani isu jemaah haji terkandas.