KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram, sekali lagi memohon bagi mencabar kredibiliti seorang saksi utama susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keterangan lisannya di mahkamah.
Ini merupakan percubaan kali kedua oleh pihak pembelaan untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding bagi mencabar kredibiliti Rafiq Hakim Razali, bekas penolong bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), selepas Mahkamah Tinggi pada 18 Julai, menolak permohonan Ahli Parlimen Muar untuk mencabar saksi pendakwaan ke-13 itu berikutan percanggahan dalam kenyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah berhubung prosedur pengeluaran RM1 juta daripada akaun bank Armada.
Peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo berhujah terdapat percanggahan dalam keterangan lisan Rafiq Hakim di mahkamah dengan keterangan yang direkod sebelum ini oleh SPRM mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009.
"Percanggahan itu merujuk kepada masa dan tempat arahan yang didakwa diberikan oleh Syed Saddiq kepada Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, yang merupakan penolong setiausaha Armada, untuk mengeluarkan RM1 juta dan tujuan acara kutipan dana di Muar serta wang yang diperoleh daripadanya," kata peguam itu.
Katanya saksi itu menerusi keterangan lisannya di mahkamah memberitahu arahan untuk mengeluarkan RM1 juta oleh Syed Saddiq dibuat selepas Langkah Sheraton, pada perjumpaan di rumah tertuduh.
"Bagaimanapun menerusi kenyataan kepada SPRM saksi berkata arahan untuk pengeluaran RM1 juta itu dibuat menerusi panggilan telefon pada awal Mac 2020," katanya.
Gobind turut berhujah bahawa terdapat percanggahan pada keterangan lisan Rafiq Hakim di mahkamah, apabila saksi tidak bersetuju bahawa wang dalam akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) adalah hasil dana kutipan orang ramai oleh Syed Saddiq sendiri untuk berkempen di Muar.
Bagaimanapun peguam itu berkata menerusi kenyataan kepada SPRM, Rafiq Hakim mengesahkan bahawa sumber kewangan ABBE adalah hasil sumbangan orang ramai sepenuhnya iaitu melalui Majlis Makan Malam di Muar dan Majlis Makan di De Palma Hotel.
"Tujuan majlis makan ini diadakan untuk mendapatkan dana bagi Syed Saddiq sendiri iaitu berkempen di Muar," katanya yang turut memohon dibekalkan dengan keterangan saksi yang dirakam oleh SPRM.
Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah permohonan pembelaan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah kerana mereka sebenarnya cuba untuk mendapatkan kenyataan direkodkan SPRM, bukan bertujuan untuk mencabar kredibiliti saksi tetapi untuk melihat keseluruhan kandungan kenyataan itu.
"Sekarang ini pihak pembelaan melakukan percubaan kali kedua mengikut pintu belakang untuk memulakan prosiding mencabar kredibiliti saksi berkenaan," katanya.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan 25 Julai untuk mengumumkan keputusannya.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo berhujah terdapat percanggahan dalam keterangan lisan Rafiq Hakim di mahkamah dengan keterangan yang direkod sebelum ini oleh SPRM mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009. - Gambar fail/Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?

Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.

Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.

Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.

Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.