PAPAR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menggesa syarikat telekomunikasi di negara ini, untuk lebih proaktif menaik taraf perkhidmatan internet di menara telekomunikasi sedia ada, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Beliau berkata penyertaan lebih proaktif daripada syarikat telekomunikasi terbabit amat diperlukan, dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan liputan internet sekali gus memastikan semua penduduk di kawasan berkenaan, dapat turut sama menikmati capaian internet lebih efisien dan berkualiti.
Katanya beliau ingin melihat syarikat telekomunikasi lebih proaktif dalam membantu hasrat kerajaan untuk memperluaskan kesalinghubungan dan meningkatkan kualiti internet, selain usaha yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), melalui dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).
"Ini kerana, jika kerajaan sahaja yang buat agak lambat, dan kita (kerajaan) hanya menyediakan infrastruktur sahaja, tetapi perkhidmatan masih lagi dikendalikan oleh syarikat telekomunikasi dan bukannya kerajaan. Saya harap ada satu kerjasama lebih bagus, selama ini pun bagus.
"Bukan nak suruh pergi ke tempat memerlukan pelaburan besar, tetapi menaik taraf perkhidmatan di menara sedia ada, agar selari dengan usaha kita sedang menaik taraf stesen pemancar bersesuaian dengan perkhidmatan 4G," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Terdahulu, Annuar meninjau dua menara telekomunikasi masing-masing terletak di Kampung Daingin dan Kampung Gadong, dan melawat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kampung Langkuas, Kinarut dekat sini.
Sementara itu, Annuar berkata pelbagai inisiatif menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan kesalinghubungan di Papar termasuk membina lima menara telekomunikasi baharu, dengan dua daripadanya telah siap dibina dan tiga lagi sedang dalam pelaksanaan.
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf 75 stesen pemancar kepada rangkaian 4G juga sedang giat dijalankan, dengan 74 daripadanya telah siap, dengan sebanyak 3,570 premis di daerah itu telah dirancang untuk diliputi dengan rangkaian gentian optik.
Setakat ini, katanya sebanyak 2,534 premis telah dilengkapi gentian optik, dengan kerja-kerja pelaksanaan ke atas 1,036 premis lagi sedang berjalan; manakala bagi projek Perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar pula, dua lokasi telah siap untuk projek itu dan satu lokasi lagi masih dalam pelaksanaan.
Annuar berkata sebanyak tiga sekolah di Papar telah dikenal pasti untuk pelaksanaan titik kehadiran atau 'Point of Presence' (PoP) bagi Fasa 1 dan enam sekolah (Fasa 2), dalam usaha memastikan jaringan dan liputan jalur lebar dapat diperluaskan dengan lebih baik, ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk.
Mengulas mengenai PEDi, Annuar berkata sebanyak 177 PEDi lagi akan ditambah, sekali gus menjadikan 1,088 PEDi akan beroperasi di seluruh negara, dan ini adalah selaras dengan sasaran kerajaan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu PEDi dalam setiap Dewan Undangan Negeri.
"Kerja-kerja menaik taraf akan dilakukan secara berperingkat, kerana ia turut memerlukan kerjasama daripada syarikat telekomunikasi dan MCMC, selain Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang akan menyediakan kandungan untuk menjalankan kursus.
"Rata-rata sambutan adalah sangat menggalakkan, dan saya turut melihat golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya dapat menjalankan perniagaan secara dalam talian," katanya sambil menambah, fokus utama PEDi adalah untuk melahirkan dan memperkasa usahawan kecil ke arah pendigitalan inovatif serta berdaya saing.
Annuar berkata konsep program peranti komuniti juga akan diperluaskan ke setiap PEDi, untuk membolehkan individu yang tidak mempunyai peranti mudah alih, dapat menggunakan peralatan tersebut secara pinjaman seterusnya memudahkan mereka menjalankan perniagaan secara dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022
![Syarikat telco digesa naik taraf perkhidmatan internet di luar bandar, pedalaman - MenKOMM Syarikat telco digesa naik taraf perkhidmatan internet di luar bandar, pedalaman - MenKOMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648104990_AnnuarMusa.jpg)
Annuar menggesa syarikat telekomunikasi di negara ini, untuk lebih proaktif menaik taraf perkhidmatan internet di menara telekomunikasi sedia ada, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Hormat keputusan Zuraida - Annuar Hormat keputusan Zuraida - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653560039_AnnuarMusa.jpg)
Hormat keputusan Zuraida - Annuar
Semua pihak perlu menghormati keputusan dan pendirian Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan menyertai PBM, kata Tan Sri Annuar Musa.
![Festival riuh usaha merakyatkan K-KOMM- Annuar Festival riuh usaha merakyatkan K-KOMM- Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649776514_TBANNUAR.jpg)
Festival riuh usaha merakyatkan K-KOMM- Annuar
Festival Riuh bakal dianjurkan tahun ini dengan Johor menjadi negeri pertama penganjurannya sebagai antara usaha merakyatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
![Debat Najib-Anwar: Tiada pihak jumpa K-KOMM berkaitan platform penyiaran debat - Annuar Musa Debat Najib-Anwar: Tiada pihak jumpa K-KOMM berkaitan platform penyiaran debat - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648573182_AnnuarMusa.jpg)
Debat Najib-Anwar: Tiada pihak jumpa K-KOMM berkaitan platform penyiaran debat - Annuar Musa
Annuar berkata perkara itu tidak ada kena-mengena dengan kerajaan dan menganggapnya sebagai debat antara dua individu.
![27,000 permohonan peranti dalam masa tujuh jam hari ini - Annuar 27,000 permohonan peranti dalam masa tujuh jam hari ini - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650032341_TanSriAnnuarMusa.jpg)
27,000 permohonan peranti dalam masa tujuh jam hari ini - Annuar
Sejumlah 27,000 permohonan peranti bagi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima dalam tempoh tujuh jam hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.
![Syarikat telco digesa naik taraf perkhidmatan internet di luar bandar, pedalaman - MenKOMM Syarikat telco digesa naik taraf perkhidmatan internet di luar bandar, pedalaman - MenKOMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648104990_AnnuarMusa.jpg)
Syarikat telco digesa naik taraf perkhidmatan internet di luar bandar, pedalaman - MenKOMM
Syarikat telekomunikasi di negara ini digesa untuk lebih proaktif menaik taraf perkhidmatan internet di menara telekomunikasi sedia ada.
![Empat kabel dasar laut baharu tampung keperluan rangkaian Malaysia - MenKOMM Empat kabel dasar laut baharu tampung keperluan rangkaian Malaysia - MenKOMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648044343_TBANNURAMUSA.jpg)
Empat kabel dasar laut baharu tampung keperluan rangkaian Malaysia - MenKOMM
Kerajaan sedang melaksanakan penambahan empat kabel dasar laut baharu bagi membantu menampung keperluan rangkaian hubungan di Malaysia, Dewan Negara diberitahu hari ini.
![Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647494906_TBANNUARMUSA.jpg)
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.