MELAKA: Festival Riuh bakal dianjurkan tahun ini dengan Johor menjadi negeri pertama penganjurannya sebagai antara usaha merakyatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata peruntukan sebanyak RM20 juta telah diluluskan kementerian bagi pelaksanaan festival berkenaan.
"Berbeza dengan penganjurannya sebelum ini, Festival Riuh kali ini bakal menampilkan tiga elemen utama iaitu ketersambungan perkhidmatan jalur lebar, industri kreatif dan ekonomi digital.
Sebagai usaha tersebut syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini diminta menjadi penaja utama festival secara bergilir-gilir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar MenKOMM bersama komuniti negeri Melaka di sini malam tadi.
Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
Katanya menerusi festival itu ia akan menjadi sebahagian daripada agenda merakyatkan K-KOMM agar segala yang dilakukan kementerian ini dapat difahami oleh semua golongan terutama kelompok akar umbi.
"Festival ini akan berlangsung di setiap negeri dan dirancang diadakan sekurang-kurang dua kali sebulan selama tiga hari bagi memperkenalkan keunikan industri kreatif yang ada di negeri berkenaan selain untuk menggalakkan usahawan menceburi ekonomi digital.
Justeru lokasi jelajah Festival Riuh akan diselaraskan jawatankuasa kementerian dengan kerjasama exco di setiap negeri terlibat," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata Hari Wartawan Nasional (HAWANA) akan berlangsung pada 29 Mei ini dan Melaka dipilih menjadi tuan rumah sementara Bernama bertindak sebagai penganjur dengan sokongan Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI).
Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan duit raya dan kurma kepada seramai 20 pelajar tahfiz dari Madrasah Tahfiz Fathur Rahman, Jalan Taming Sari.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Annuar berkata Festival Riuh kali ini bakal menampilkan tiga elemen utama iaitu ketersambungan perkhidmatan jalur lebar, industri kreatif dan ekonomi digital. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Festival riuh usaha merakyatkan K-KOMM- Annuar
Festival Riuh bakal dianjurkan tahun ini dengan Johor menjadi negeri pertama penganjurannya sebagai antara usaha merakyatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).