KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan penambahan empat kabel dasar laut baharu bagi membantu menampung keperluan rangkaian hubungan di Malaysia, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata empat kabel itu antaranya melibatkan Sistem Kabel Bay to Bay Express (BtoBE) oleh Facebook dengan kerjasama Time Dotcom Berhad selaku rakan pendaratan di Cherating pada suku pertama 2023.
"Kedua ialah ialah Sistem Kabel MIST oleh NTT dengan kerjasama Arus Restu Sdn Bhd selaku rakan pendaratan di Morib dengan jangkaan siap pada suku kedua 2023.
"Ketiga ialah Sistem Kabel IAX yang akan mendarat di Morib dengan jangkaan siap penghujung 2022, manakala keempat ialah Sistem Kabel BaSICS oleh PP Telecommunication Sdn Bhd akan mendarat di Kuching dengan jangkaan siap hujung 2022," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu perincian mengenai pautan Malaysia kepada rangkaian internet global sedia ada dan yang telah dirancang termasuk bilangan pautan kabel dasar laut.
Annuar berkata Malaysia sebenarnya dihubungkan dengan 17 perkhidmatan kabel dasar laut yang berbeza dan buat masa ini kapasiti jaringan sedia ada adalah lebih daripada mencukupi bagi menampung permintaan untuk masa akan datang.
Beliau berkata daripada 17 kabel dasar laut itu, empat daripadanya terhubung ke Sarawak dan adalah dalam kategori rangkaian teras yang menghubungkan Sabah dan Sarawak kepada dunia luar.
"Sarawak dan Sabah telah dihubungkan dengan dua sistem kabel dasar laut sedia ada iaitu Sistem Kabel Rakyat Malaysia (SKRM) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menghubungkan Mersing ke Kuching, Bintulu dan Miri dengan kapasiti semasa 7.4 terabit per sec (Tbps) dan sistem kabel East-West dari Mersing ke Kuching oleh Sacofa Sdn Bhd dengan kapasiti semasa 600 gigabit per sec (Gbps).
"Sistem Kabel BaSICS oleh PP Telecommunication Sdn Bhd dengan kapasiti 48 Tbps yang dijangka siap suku kedua 2022 bakal berfungsi bagi not gerbang antarabangsa yang baru bagi Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Annuar berkata Malaysia sebenarnya dihubungkan dengan 17 perkhidmatan kabel dasar laut yang berbeza. - Gambar fail

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

Meta rancang bangunkan kabel dasar laut global sepanjang 40,000 kilometer
Projek ini dijangka memerlukan lebih AS$10 bilion untuk melaksanakannya.

Gangguan internet: TM sahkan masalah kabel dasar laut
TM melalui Unifi mengatakan pasukan mereka sedang aktif dalam mengawal dan mengoptimasikan rangkaian internet buat masa ini.

Meta akui Facebook, Instagram alami masalah teknikal
Facebook dan Instagram mengalami gangguan teknikal selama dua jam sehingga memberi kesan kepada ratusan ribu penggunanya di seluruh dunia.

Kabel dasar laut: Kerajaan pusat beri lampu hijau Sarawak bincang dengan Singapura
Pelaksanaan projek yang melalui kawasan Indonesia itu, membolehkan Sarawak mengeksport bekalan elektrik sehingga 1,000 megawatt (MW) elektrik.

MOT, KKD dan komuniti teknologi, telekomunikasi bincang pelaburan kabel dasar laut
Bengkel polisi anjuran MDEC dan MyIX turut dihadiri wakil daripada Telekom Malaysia, Time dotCom, Google, Microsoft, Meta dan Amazon Web Services.

Pembinaan kabel dasar laut pelaburan swasta, tidak libat dana kerajaan
Pembinaan kabel dasar laut di negara ini kebanyakannya tidak melibatkan dana kerajaan, sebaliknya dilakukan oleh pihak swasta menggunakan dana sendiri.

Empat kabel dasar laut baharu tampung keperluan rangkaian Malaysia - MenKOMM
Kerajaan sedang melaksanakan penambahan empat kabel dasar laut baharu bagi membantu menampung keperluan rangkaian hubungan di Malaysia, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Wee beri penjelasan berhubung projek kabel dasar laut Facebook
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menafikan bahawa syarikat gergasi teknologi tidak memilih Malaysia dalam perancangannya untuk memasang kabel dasar laut berikutan dasar kabotaj negara.

Kabel dasar laut: Strategi 'selektif' kerajaan punca Malaysia disisihkan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan strategi kerajaan yang selektif untuk menarik pelaburan asing sebagai satu kegagalan.