PUTRAJAYA: Semua pihak perlu menghormati keputusan dan pendirian Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), kata Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata soal peletakan jawatan dalam parti itu adalah hak individu dan urusan sebuah parti yang lain.
"Saya belum berpeluang untuk bercakap sendiri dengan rakan sejawat saya yang sama-sama menganggotai Kabinet, jadi saya tidak dapat beri banyak komen.
"Cuma yang saya tahu, Zuraida adalah seorang anggota Kabinet yang cukup aktif dan beliau sangat berjaya dalam menguruskan hal kementeriannya dan seorang yang telah tunjukkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan beliau," kata Annuar ketika diminta mengulas keputusan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.
BACA: Zuraida Kamaruddin letak jawatan menteri, umum tinggalkan Bersatu sertai PBM
BACA: Jawatan Zuraida sebagai MPT Bersatu tergugur serta-merta - Hamzah
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata semua orang berhak membuat jajaran politik masing-masing, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.
Terdahulu, Zuraida mengumumkan menyertai PBM kerana mempercayai perjuangan parti itu dan tertarik dengan enam prinsip terasnya.
Ditanya sama ada UMNO akan menjalin kerjasama dengan PBM bagi menghadapi PRU15, Annuar berkata UMNO perlu bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama dengan parti-parti lain yang mempunyai aspirasi perjuangan yang sama terutamanya bagi membela kepentingan orang Melayu dan umat Islam.
"Saya berpandangan UMNO kena ambil sikap terbuka sepanjang masa. Pendirian saya dari dulu tidak berubah kerana saya berpandangan UMNO itu mesti menjadi tonggak kepada penyatuan parti-parti lain.
"Sebagai anggota parti, walaupun berbeza pendapat tetapi akhirnya apabila parti membuat keputusan, kita mesti akur dengan keputusan dan pendirian parti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media pada sambutan Hari Raya Aidilfitri (K-KOMM) dan Majlis Sekalung Budi Pengamal Media, Penggiat Seni dan Industri Kreatif di Dataran Gemilang hari ini. - Foto BERNAMA
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR dijadual semula 23 Sept
Pendengaran rayuan Zuraida terhadap keputusan memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon dijadualkan semula pada 23 Sept.
Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu
Zuraida mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.