Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengesahkan bahawa syarikat fesyen tempatan, Voir Holdings Bhd, hanya bertindak sebagai pelabur dalam projek terowong dasar laut, dan bukan merupakan kontrakor utamanya.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2013 bagi melaksanakan projek itu hanya melibatkan syarikat Konsortium Zenith-BUCG Sdn Bhd dan China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) yang bertindak sebagai kontraktor utama.
"Projek ini telah dikendali melalui tender terbuka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Tender Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Lim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Sabtu yang mempersoalkan pembabitan syarikat produk pakaian dan aksesori itu sebagai pemegang saham syarikat tujuan khas (SPV) dalam projek terowong dasar laut tersebut.
Katanya, kontrak tersebut masih mengekalkan CRCC sebagai kontraktor utama projek, sambil menambah, syarikat yang melabur dalam sesuatu projek tidak semestinya terlibat dalam pembinaan projek berkenaan.
Sementara itu, mengulas mengenai projek terowong dasar laut itu, Lim sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri tetap akan meneruskan projek mega bernilai RM6.3 bilion itu mengikut kontrak asalnya.
Lim mendakwa, tindakan Wee itu bermotif politik bertujuan mencemar nama baik kerajaan negeri pimpinan DAP.
Terangnya, penglibatan syarikat fesyen ini adalah sama seperti penglibatan Kementerian Kewangan yang memiliki saham 51 peratus dalam projek Tun Razak Exchange (TRX).
"Kita tahu bukan Kementerian Kewangan yang bina, pemaju lain yang bina tetapi adakah pembelian saham itu munasabah dan berkepentingan kepada orang awam," katanya.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.
Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang dikatakan terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Astro Awani
Mon Jan 15 2018

Lim berkata, kontrak tersebut masih mengekalkan CRCC sebagai kontraktor utama projek, sambil menambah, syarikat yang melabur dalam sesuatu projek tidak semestinya terlibat dalam pembinaan projek berkenaan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan Pulau Pinang akan kaji pembinaan ART atasi kesesakan trafik
Kerajaan negeri baharu sahaja dimaklumkan dan diberi penerangan tentang keberkesanan sistem ART bagi mengatasi kekangan trafik di Pulau Pinang.

Syarikat fesyen hanya pelabur - Lim Guan Eng
Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2013 bagi melaksanakan projek itu hanya melibatkan syarikat Konsortium Zenith-BUCG Sdn Bhd dan CRCC sebagai kontraktor utama.

Kerja-kerja di projek Gateway Klang dihentikan sementara waktu - Vivocom
Syarikat itu mengulas laporan berita baru-baru ini yang menyatakan subkontrak Vivocom bagi Gateway Klang, tergendala disebabkan kelewatan pembayaran oleh pemaju projek.