Datuk Seri Najib Razak berkata syarikat-syarikat Bumiputera tidak harus dikaitkan lagi dengan kelewatan projek dan peningkatan kos kerana telah berjaya membuktikan kemampuan melaksanakan projek berkelas dunia yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Malah, kata Perdana Menteri, ini jelas terbukti menerusi pelaksanaan laluan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang sudah beroperasi sejak 16 Dis, 2016.
"Saya mahu melenyapkan persepsi bahawa projek-projek yang diberi kepada syarikat-syarikat Bumiputera akan tertangguh atau menyebabkan peningkatan kos.
"Kita telah buktikan bahawa projek MRT dapat disiapkan lebih awal daripada jadual dan lebih rendah daripada kos yang dianggarkan," kata beliau pada majlis Penghargaan Agenda Pemerkasaan Bumiputera G20 di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada 10 vendor Bumiputera terbaik daripada 20 GLC utama di atas sumbangan terhadap pencapaian Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Mengulas selanjutnya, Perdana Menteri menegaskan, pelaksanaan kaedah tender secara telus juga memastikan hanya syarikat Bumiputera yang berkaliber memperoleh projek tersebut.
Menurut beliau, dalam pembinaan MRT yang ikonik itu, 51 peratus daripada projek bernilai RM21.1 bilion itu telah diberikan kepada kontraktor Bumiputera yang berkaliber.
Susulan itu, kata Najib, projek itu bukan sahaja berjaya disiapkan lebih awal, malah pada kos yang lebih rendah.
Mengulas kejayaan itu, Perdana Menteri berkata ini diraih hasil pelaksanaan dasar 'Carve-Out and Compete' bagi melahirkan syarikat kontraktor milik Bumiputera yang mampu bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa.
Dasar yang merupakan inisiatif di bawah Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, menyediakan peluang kepada syarikat terbabit mendapat kontrak dan menyertai projek-projek mega ditawarkan oleh kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta berdasarkan merit, rekod cemerlang serta keupayaan untuk menyiapkan projek.
"Saya amat berpuas hati dan tertarik dengan dengan kejayaan 'Dasar Carve Out and Compete' yang tiada sebelum ini," kata Najib.
Tegas Perdana Menteri, inisiatif itu juga sekali gus berjaya menyanggah persepsi bahawa syarikat Bumiputera adalah tidak kompetitif.
Menurut beliau, menerusi inisiatif sama, peluang penyertaan Bumiputera dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo juga dijangka akan mencecah 60 peratus.
"Saya pastikan agar kontraktor tempatan dari Sabah dan Sarawak sendiri yang akan mendapat peluang di dalam projek ini," kata beliau.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan inisiatif dan sistem oleh kerajaan itu juga membuktikan bahawa syarikat Bumiputera mampu untuk bersaing dengan kalangan yang terbaik serta berjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2017
Najib beramah mesra bersama wakil syarikat yang menerima sijil penghargaan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pada pada Majlis Penghargaan Agenda Pemerkasaan Bumiputera G20 hari ini. --fotoBERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.
Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar
Ia adalah langkah perlu dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan negara, sekali gus mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak Malaysia.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid
Usaha itu perlu, memandangkan tidak ada satu bidang profesional dan teknikal yang Bumiputera telah mencapai kadar peratusan berkenaan.