KUCHING: Polis Kuching sedang mengenal pasti pengirim bungkusan makanan yang mengandungi ketulan kristal dipercayai syabu yang dihantar kepada individu di pusat kuarantin di Jalan Padungan di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani ketika dihubungi Astro AWANI berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang melibatkan rampasan tanpa tangkapan," katanya.
Menurut sumber, bungkusan makanan itu ditinggalkan seorang lelaki dipercayai dihantar kepada penghuni pusat kuarantin tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari.
Kelibat lekaki yang mencurigakan itu membuatkan anggota penguat kuasa yang bertugas ketika itu membuka bungkusan berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan pihaknya menjumpai dua paket lut sinar berisi ketulan kristal disyaki syabu.
"Bungkusan makanan dan dadah tersebut kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," kata sumber.
Difahamkan prosedur operasi standard (SOP) penghantaran makanan ke pusat kuarantin perlu mengisi butiran penerima termasuk nombor bilik di kaunter petugas keselamatan.
Kemudian, barang diperiksa terlebih dahulu sebelum dihantar kepada penerima bagi memastikan tiada bahan terlarang.
Shafik Ahmad
Sat May 01 2021

Menurut sumber, bungkusan makanan itu ditinggalkan seorang lelaki dipercayai dihantar kepada penghuni pusat kuarantin tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Buli OKU, dua lelaki ditahan Polis Kuching
Polis Kuching menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian buli membabitkan seorang orang kelainan upaya (OKU) lembam pada Selasa.

Petugas KKM ditemui meninggal dunia di pusat kuarantin
Seorang petugas kesihatan ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia dalam sebuah bilik rehat di sebuah hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin pada Khamis.

Syabu dalam bungkusan makanan, polis kenal pasti identiti pengirim
Polis Kuching sedang mengenal pasti pengirim bungkusan makanan yang mengandungi ketulan kristal dipercayai syabu yang dihantar kepada individu di pusat kuarantin di Jalan Padungan di sini pada Sabtu.

Kerana seorang wanita, sembilan lelaki ditahan polis Kuching
Gara-gara seorang wanita, sembilan lelaki ditangkap selepas terlibat dalam pergaduhan di hadapan Chong Lin Plaza, di Jalan Green pada Ahad.