KULIM: Seorang pekebun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan membabitkan kematian seorang kanak-kanak selepas disyaki makan ringan berupa keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini.
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pemilik kebun dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad bermula hari ini hingga 17 Julai.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, penahanan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.
Menurut beliau, suspek ditahan di Lubuk Buntar, Bandar Baharu, petang semalam.
Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Padang Ubi itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kesalahan dadah.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki bercampur racun meninggal dunia pada pagi Rabu.
Jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling pada jam kira-kira 9.45 malam tadi.
Sementara adiknya, Muhammad Luth, 2, dilaporkan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Terdahulu, media melaporkan, dua kanak-kanak itu kritikal selepas termakan keropok disyaki bercampur racun yang digantung di pagar dawai besi dekat kebun tidak jauh dari rumah mereka.
Perbuatan itu dilakukan pemilik kebun dipercayai bagi tujuan menghalau haiwan liar yang berkeliaran dan mengganggu tanaman yang diusahakan mereka.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 11 2024

Seorang pekebun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan membabitkan kematian seorang kanak-kanak selepas disyaki makan ringan berupa keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Kes keropok beracun: Pemilik kebun diminta tampil jika ada maklumat tambahan
Siasatan PDRM terhadap kes membabitkan dua kanak-kanak maut selepas termakan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Julai lepas dijalankan berlandaskan undang-undang.

Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.

Biskut beracun: 'Terasa masam, mujur dia sempat muntahkan' - Bapa
Remaja lelaki yang nyaris maut selepas termakan biskut dicampur racun di sebuah kebun, pada Jumaat lalu kini stabil dan di pantau selama 72 jam sebelum dibenarkan pulang.

Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman
Seorang remaja berusia 13 tahun nyaris maut selepas makan biskut yang dipercayai dicampur racun dalam kejadian di Kampung Dadong, Kemaman Jumaat lalu.

Insiden keropok beracun: "Wake-up call" buat KKM - Dzulkefly
Dzulkefly berkata kejadian itu mengingatkan pihaknya terutama penguat kuasa agar memberikan perhatian terhadap bahaya racun tersebut kepada manusia.

Keropok beracun: Luluh hati nenek, kehilangan dua cucu selang dua hari
Nenek kepada pasangan dua beradik yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, sedih selepas menerima perkhabaran Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia hari ini.

Keropok beracun: Muhammad Luth meninggal dunia
Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia pada Jumaat.

Wajah Muhammad Akil Syauqi jernih, tersenyum - Bekas pengasuh
Menurut Siti Fadilah Hashim, dia yang dipanggil dengan panggilan Mama oleh Arwah sangat sedih kerana amat disayangi Fadilah sekeluarga.

Suspek kes keropok beracun direman enam hari
Tahanan reman ke atas pekebun itu bagi membantu siasatan membabitkan kematian kanak-kanak selepas disyaki makan keropok beracun.