KUANTAN: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua pertuduhan menipu perniagaan projek kuih raya pada Disember tahun lalu.
Wan Roshaidayati Wan Mohd Salleh, 51 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Najwa Hashim, pada prosiding pada pagi Selasa.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu dengan menawarkan pemberian modal permulaan perniagaan projek kuih raya RM2,000 kepada seorang wanita berusia 41 tahun.
Perbuatan itu telah mendorong wanita terbabit menyerahkan wang RM500 secara tunai kepadanya di sebuah restoran di Taman Seri Mahkota di sini, jam 9.30 malam, pada 31 Disember tahun lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Wan Roshaidayati didakwa menipu seorang pemuda berusia 28 tahun bagi tujuan sama dan mendorong menyerahkan wang RM500 kepada tertuduh.
Perbuatan itu didakwa dilakukan olehnya di parkir stesen minyak Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan pada masa dan tarikh yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 8 Jun depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Fathin Nadhirah Kasim dan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd Azahari Mat Asin.
Astro Awani
Tue May 18 2021

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 8 Jun depan. - Astro AWANI

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000
Seorang peniaga katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki lebih RM600,000 berhubung pelaburan pembekalan ikan air tawar.

Pakej pelancongan Seoul: Kim Seri mohon maaf, polis terima 5 laporan
Kim Seri tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan memulangkan semula wang pelanggan terjejas sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.

Ejen unit amanah bergelar Datuk didakwa atas pertuduhan tipu, palsu dokumen
Seorang ejen unit amanah bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan menipu Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).

Bekas pegawai tadbir JAIM didenda RM50,000 perdaya guru sandaran
Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, kerana memperdayakan seorang guru sandaran tidak terlatih.

Buruh dipenjara 21 tahun, 14 sebatan, tipu skim bantuan e-Kasih tidak wujud
Mahkamah diberitahu, tertuduh menyasarkan golongan warga emas sebagai mangsa, termasuk peniaga dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Ipoh.

Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang aktivis yang memperjuangkan kes kematian anaknya di rumah pengasuh, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Kes tipu: Lelaki warga emas ditahan, mangsa rugi RM120,000
Terlibat dalam kes penipuan urusan tawaran pelaburan projek tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM120,000.

Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.