IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan agar solat Jumaat dan fardu dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau di negeri ini dengan had maksimum 40 orang jemaah.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, titah berkenaan dibuat baginda selepas menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak serta pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negeri Perak.
Menurut beliau, jemaah yang dibenarkan pula terbatas pada warganegara Malaysia lelaki dalam lingkungan usia 16 hingga 70 tahun.
"Solat Jumaat dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau termasuk surau-surau dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, maktab, sekolah, syarikat dan kilang untuk memberikan ruang kepada lebih ramai orang dapat menunaikan solat.
"Had maksimum 40 orang jemaah dalam sesebuah masjid atau surau bagi solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah (tidak termasuk ahli jawatankuasa dan pegawai masjid dan surau).
"Aktiviti agama berunsur ilmu dibenarkan didakan di masjid dan surau dalam ruang waktu antara selesai solat Maghrib sementara menantikan masuknya waktu solat Isyak. Aktiviti hendaklah dihentikan sebaik masuk waktu solat Isyak" katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kata Mohd. Annuar, ketetapan ini terpakai dan berkuatkuasa 28 Januari ini sehingga dikeluarkan apa-apa ketetapan baharu.
Jelasnya, sebarang acara jamuan dalam masjid dan surau termasuk di perkarangan masjid dan surau adalah tidak dibenarkan.
"Jabatan Agama Islam Perak bertanggungjawab mengeluarkan garis panduan lengkap kepada semua ahli jawatankuasa serta pegawai masjid dan suau, di samping bertanggungjawab memantau pematuhan garis panduan," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata Sultan Nazrin sedia memahami hasrat umat Islam mahu mengimarahkan rumah-rumah Allah dan beribadah secara berjemaah.
Dalam pada itu, katanya, baginda juga amat bimbang akan ancaman terhadap keselamatan ummah akibat penularan wabak COVID-19.
"Baginda amat bersimpati dengan para petugas Kementeran Kesihatan Malaysia yang sedang berada di barisan hadapan menangani wabak COVID-19 yang menular pada skala begitu besar.
"Antara cara untuk meringankan beban tugas mereka boleh dibuktikan melalui amalan jarak fizikal, meminimumkan bilangan kehadiran dalam acara, tidak menganjurkan atau menghindarkan acara berbentuk perhimpunan.
"Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kaitangan KKM yang sedang menggalas beban tugas begitu berat, juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia, RELA dan pelbagai agensi lain yang saling bekerjasama memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi," ujar beliau.
Katanya lagi, Sultan Nazrin turut menzahirkan titah nasihat agar semua masjid dan surau menganjurkan solat sunat hajat setiap hari bagi memohon ihsan dan rahmat Allah SWT, agar bencana kesihatan yang melanda dunia ketika ini berjaya dibendung.
Aida Aziz
Wed Jan 27 2021

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan agar solat Jumaat dan fardu dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau di negeri Perak dengan had maksimum 40 orang jemaah. - Gambar fail

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.

PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.

Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.

Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.

Cuti Sabtu, Ahad: Tak puas hati, dipersilakan pindah ke negeri yang cuti Jumaat, Sabtu - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati, mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Pelarasan semula cuti hujung minggu Johor bakal impak 2.5 juta individu - MB
Penyelarasan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan menitikberatkan semua aspek, termasuk agama.

PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?

PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam
Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama rakyat di Kedai Tok, Simpang Tiga Kubang Semang, Bukit Mertajam.

PM Anwar "diserbu" murid sekolah ketika makan tengah hari
Perdana Menteri "diserbu" sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 Putrajaya hari ini.

Tak perlu tunggu solat Jumaat selesai, wanita boleh sembahyang Zuhur terus
Perkara itu seakan sudah sebati dalam masyarakat kita sejak sekian lama walaupun sebenarnya, wanita tidak tertakluk kepada 'syarat' itu.