Ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra sedang gering namun berada dalam keadaan stabil, kata Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
"Saya rasa seperti yang diketahui umum tuanku (Sultan Ismail Petra) sedang berada di hospital. Setakat ini Alhamdulillah keadaan kesihatan tuanku stabil.
"Saya berharap rakyat semua dapat berdoa semoga kesihatan tuanku akan bertambah baik di masa hadapan. Kita pun di pihak MAIK (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) sentiasa buat solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan tuanku," katanya yang juga Yang Di-Pertua MAIK.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Jati Diri 'Sayangi Diri, Tanah Air dan Raja' anjuran MAIK di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak di Panji di sini, hari ini.
Sementara itu, ketika berucap merasmikan program berkenaan, Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK melalui Unit Adat Istiadat sedang merangka satu Modul Ketatanegaraan Negeri Kelantan bagi disebarluaskan kepada masyarakat di seluruh pelusuk negeri ini.
"Saya juga berharap, usaha menyediakan Modul Ketatanegaraan Negeri Kelantan ini akan berjaya memberikan satu mekanisme baharu dalam memperkasakan rakyat Kelantan yang berjati diri 'Sayangi Diri, Tanah Air dan Raja".
"Modul Ketatanegaraan Negeri Kelantan ini dijangka akan diap sepenuhnya pada 2020, Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019

Tengku Temenggong Kelantan: "Saya rasa seperti yang diketahui umum tuanku (Sultan Ismail Petra) sedang berada di hospital. Setakat ini Alhamdulillah keadaan kesihatan tuanku stabil." - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tiga anak OKU dibela bapa tunggal dapat perhatian Sultan Muhammad V
Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk bertanya khabar selain turut menyampaikan sumbangan wang tunai.

'Sultan Ismail Petra gering namun stabil' - Tengku Temenggong Kelantan
Ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra sedang gering namun berada dalam keadaan stabil, kata Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.