JITRA: Marah dan kecewa dengan sikap setengah pihak yang mengenakan bayaran tinggi sehingga membebankan keluarga jenazah membuatkan Wahida Hussain, 35, menawarkan diri menjadi sukarelawan untuk menguruskan jenazah pesakit COVID-19.
Wahida mula menyertai kumpulan bantuan badan amal atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Afiz Ayub Foundation bermula Jun lalu dan kini dia telah menguruskan proses memandikan lebih 10 jenazah mangsa COVID-19 secara tayamum di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani tanpa mengenakan sebarang caj.
Pada mulanya, tercetus juga perasaan takut dan bimbang dalam diri Wahida kerana terpaksa menguruskan pesakit COVID sehingga ke proses pengebumian jenazah.
Bagaimanapun, jelas anak ketiga daripada enam adik beradik ini, perasaan simpati dan sedih kepada keluarga jenazah yang terpaksa menunggu lama untuk pengurusan dan pengebumian ahli keluarga yang meninggal akibat COVID-19 menguatkan lagi semangatnya untuk terus melakukan kerja amal itu.
“Saya sudah tayamumkan lebih daripada 10 jenazah pesakit COVID-19. (Menguruskan jenazah) pesakit COVID-19 adalah benda baharu dalam hidup saya.
“Sebelum ini saya ada juga mandikan jenazah biasa… menguruskan jenazah COVID-19 satu pengalaman yang agak mencabar sebab kena tayamum dan pakai PPE (peralatan perlindungan diri) ditambah pula dengan panas dengan suasana di pusat forensik ramai orang dan keadaan yang takutkan (jangkitan) COVID-19," katanya.
Wahida yang juga seorang ahli perniagaan sebelum ini pernah mengikuti kursus pengurusan jenazah di Kuala Lumpur dan dia mengambil peluang ini untuk membantu meringankan bebanan ahli keluarga mangsa daripada mengeluarkan kos pengurusan jenazah yang banyak.
Setiap hari Wahida bersama rakan-rakan lain akan menguruskan lapan jenazah di sekitar Sungai Petani, Yan, Merbok, Sik dan Kubang Pasu sehingga ke liang lahad.
Dalam masa sama, Wahida berharap lebih ramai lagi kaum wanita akan menyertai kerja-kerja amal seperti yang dilakukannya.
“Lebih ramai sukarelawan wanita (diperlukan) untuk sertai mana-mana yayasan pengurusan jenazah percuma supaya kita boleh didik orang di luar sana jangan takut untuk jadi sukarelawan hanya kerana (mangsa) pesakit COVID-19.
“Ini adalah kerana apabila kita menguruskan jenazah pesakit COVID-19, kita berpakaian PPE lengkap dan menjaga SOP (prosedur operasi standard) 100 peratus," ujarnya.
Sementara itu, bagi ketua operasi pengurusan jenazah COVID-19 di Afiz Ayub Foundation, Azizul Johafiezzal Johari, 24, berkata, bermula Mei lalu, pasukannya hanya dianggotai lima sukarelawan.
Jumlah itu, bagaimanapun, jelas beliau, telah meningkat kepada 30 orang.
Katanya, bagi menguruskan lambakan jenazah di Hospital Sultan Abdul Halim, kumpulan sukarelawan ini turut menyediakan lima buah van bertujuan membantu membawa jenazah ke tanah perkuburan.
“Masalah yang dihadapi bukan dari forensik tetapi kekangan pengangkutan, jadi kita ambil inisiatif, bawa lima buah kenderaan jenazah dari Kuala Lumpur ke sini (Kedah) untuk bantu sokong pasukan di sini,” kata Azizul Johafiezzal.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Aug 21 2021
Wahida Hussain menawarkan diri menjadi sukarelawan urus jenazah pesakit COVID-19 untuk bantu ringan beban keluarga mangsa. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (05 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Asia Barat: Rakyat Syria kembali ke kampung, kebumikan ahli keluarga
Pernah menjadi kubu kuat pembangkang semasa era presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, penduduk Jobar berkata ia adalah kawasan larangan bagi mereka sejak 2018.
Suara Rakyat: Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.
Rumah terbakar ketika peperiksaan, dua beradik tempuhi cabaran
Dua beradik dari Taman Seri Jaya di Perling, Johor Bahru terpaksa menempuhi cabaran apabila kediaman keluarga mereka hangus terbakar pada malam Jumaat lalu, sekaligus memusnahkan segala barangan keperluan mereka untuk menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada Isnin dan Selasa ini.
Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
Ahli UMNO tanggung risiko sendiri jika sertai - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Isnin ini.
Lelaki menyamar polis untuk samun warga asing ditahan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang pada Sabtu.
Lelaki ditahan bersama lebih 3kg syabu di Batu Pahat
Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,080 gram (g) dadah jenis syabu bernilai RM96,000 di sebuah rumah di Jalan Simpang Lima, di Batu Pahat pada Khamis lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.
Kementerian Perpaduan Negara aktifkan Skuad Ihsan MADANI
Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen kementeriannya dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti dan empati masyarakat.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Sukma 2024 tarik hampir 3,000 sekarelawan, majoriti golongan muda
Kesemua sukarelawan telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta kemahiran khususnya dalam memberi bantuan kecemasan sepanjang temasya itu nanti.
Sukarelawan Bahasa Inggeris Singapura tidak jejas pengambilan, penempatan guru tempatan - KPM
Cadangan tersebut sedang diteliti, terutama dari sudut pelaksanaan di institusi pendidikan KPM bagi memastikan ia selari dengan dasar serta peraturan sedia ada.
NGO perlu berunding dengan Wisma Putra sebelum hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Mana-mana pihak khususnya NGO termasuk Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia diminta berunding terlebih dahulu dengan Wisma Putra sebelum menghantar sukarelawan ke Gaza.
100 sukarelawan YBR gotong-royong bersihkan Zoo Melaka
Aktiviti kesukarelawanan itu juga melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.
Raja Permaisuri Agong akan terus terlibat dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
Raja Zarith Sofiah bertitah baginda akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) walaupun kini berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta
Sebanyak lapan sekolah di daerah Dungun terjejas teruk akibat banjir, dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.
300 sukarelawan Pemuda UMNO laksana misi pascabanjir di Dungun
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Skuad Sabil menggerakkan 300 ahlinya bagi membantu mangsa banjir di daerah Dungun, hari ini.