KESEDARAN tentang kepentingan pendidikan kebangsaan telah wujud dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia seawal negara menuju kemerdekaan. Bertitik tolak daripada kesedaran tersebut satu sistem pendidikan kebangsaan yang memenuhi aspirasi negara telah diberikan perhatian bagi menggantikan sistem pendidikan kolonial.
Atas kesedaran tersebut juga maka lahirlah Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956. Penyata Razak merupakan ilham daripada Menteri Pendidikan pada ketika itu, iaitu Tun Abdul Razak yang mahu satu sistem pendidikan di Malaya dibentuk.
Penyata Razak telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini disemak semula pada tahun 1960 sehingga terbentuknya Laporan Rahman Talib yang dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1974, Dasar Pendidikan Kebangsaan disemak semula untuk memperbaiki pelaksanaannya bagi melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Terdapat 13 strategi utama pelaksaan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan yang perlu diberi perhatian berkenaan dengan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa- bahasa lain di Malaysia. Perkara yang pertama, iaitu menjadikan bahasa kebangsaan yakni bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah manakala perkara kedua belas, iaitu menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2022).
Bahasa Melayu menjadi tonggak perpaduan negara dalam segala urusan terutamanya urusan rasmi manakala bahasa ibunda kaum lain pula tidak dihalang penggunaannya. Semangat perpaduan yang berteraskan bahasa ini telah sekian lama diamalkan di Malaysia.
Bahasa Melayu telah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar dalam sistem persekolahan nasional. Bahasa Melayu diwajibkan lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada peringkat tingkatan lima.
Semua pelajar tanpa mengira bangsa wajib mempelajari dan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu. Sistem persekolahan nasional telah menetapkan bahawa Bahasa Inggeris wajib dipelajari dan dijadikan mata pelajaran teras. Manakala Bahasa Cina dan Tamil telah dijadikan mata pelajaran elektif yang dipelajari oleh pelajar Cina dan India pada peringkat sekolah menengah.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada tiga bangsa utama, iaitu Melayu, Cina dan India, semua bahasa ibunda teras bangsa ini telah dimasukkan dalam jadual pembelajaran di dalam kelas bermula dari tingkatan satu. Hal ini telah mewujudkan keharmonian bangsa pelbagai kaum sekali gus mewujudkan perpaduan kaum selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia Perkara 1 (a), iaitu tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
Hal ini bermaksud subjek Bahasa Cina dan Tamil wajar dan boleh dipelajari dan dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah bagi kelompok subjek bahasa termasuk bahasa Arab. Senario pada masa kini, pelajar Melayu tidak berpeluang menikmati keseronokan mempelajari Bahasa Cina dan Tamil seperti rakan bangsa Cina dan India mereka kerana kedua-dua bahasa tersebut diambil oleh pelajar Cina dan India sahaja.
Sedangkan pada masa yang sama pelajar Cina dan India diwajibkan mempelajari Bahasa Melayu. Pelajar Cina dan India pada akhir persekolahan akan mahir dalam sekurang-kurangnya tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina/Tamil. Sedangkan pelajar Melayu hanya mahir dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Itu pun jika subjek bahasa tersebut dapat dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.
Majmuk Bahasa untuk Masyarakat Majmuk
Bahasa Cina kian menjadi perhatian dalam kalangan ibu bapa di Malaysia dengan penanda aras bahawa bahasa tersebut telah menjadi bahasa ekonomi pada peringkat global dalam pelbagai sektor perdagangan antarabangsa. Semakin hari semakin ramai ibu bapa dalam kalangan orang Melayu yang berminat menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) semata-mata mahu anak-anak menguasai bahasa Cina. Malahan ada sesetengah ibu bapa yang sanggup berhabis duit memulakan pendidikan awal kanak-kanak di sekolah tadika atau prasekolah aliran Cina.
Tawaran dan keterbukaan pihak SJKC menerima pelajar yang bukan dalam kalangan bangsa Cina untuk bersama-sama memasuki sekolah aliran Cina wajar dipuji kerana semangat perpaduan yang wujud dalam pembinaan masyarakat majmuk. Pelajar Melayu yang berjaya menamatkan pendidikan di SJKC kebanyakannya mahir dan menguasai bahasa Cina sama ada lisan dan tulisan. Mereka mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Cina. Namun tidak semua ibu bapa Melayu dan India berpeluang untuk menghantar anak mereka ke SJKC atas beberapa faktor seperti kuota yang terhad walaupun mempunyai keinginan dan kehendak.
Sehubungan dengan itu artikel ini mencadangkan agar semua pelajar pada peringkat menengah bagi sekolah aliran nasional di Malaysia diberikan peluang untuk mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibunda mereka. Pelajar Melayu mesti diberikan peluang mempelajari bahasa Cina dan Tamil manakala pelajar Cina diberikan peluang untuk mempelajari bahasa Tamil dan begitulah sebaliknya.
Pada akhir persekolahan kelak kesemua pelajar di Malaysia mampu sekurang-kurangnya memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Mereka akan mudah mempraktikkan bahasa tersebut dengan berkomunikasi sesama mereka lebih-lebih lagi semasa berlangsungnya sesi persekolahan kerana mempunyai rakan yang sama-sama mempelajari bahasa tersebut.
Kebersamaan mempelajari bahasa ibunda kaum lain di dalam satu kelas akan memberikan suasana keharmonian dalam kalangan pelajar. Hal ini juga akan mewujudkan kesamarataan berbahasa dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sehingga akan wujud sikap saling memahami dan menghormati yang lebih baik.
Pada masa kini sistem pendidikan di Malaysia telah membuka peluang kepada para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab pada peringkat rendah dan menengah. Usaha ini harus dipuji memandangkan bahasa Arab juga semakin mendapat perhatian dalam kelompok masyarakat dunia terutamanya dunia Islam.
Sekolah aliran agama telah menetapkan subjek Bahasa Arab dipelajari sehingga ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Bagi sekolah yang bukan aliran agama pula, subjek Bahasa Arab dijadikan subjek tambahan atau elektif sahaja. Pengajaran dan pembelajaran subjek ini tidak dapat dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi apabila timbul kekangan dengan ketiadaan tenaga pengajar yang mampu mengajarnya secara konsisten.
Minat pelajar untuk meneruskan penguasaan bahasa Arab terhenti dan setelah tamat persekolahan mereka gagal bertutur dan seterusnya menguasai bahasa tersebut. Bukan sahaja disebabkan masalah kekurangan tenaga pengajar bahkan juga kerana tiada galakan berinteraksi dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar kerana tiada bangsa Arab dalam kelompok pelajar.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran untuk melihat, meneliti dan mengkaji semula subjek-subjek yang berteraskan bahasa di sekolah-sekolah kendaliannya. Menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan kelebihan pada diri seseorang individu apatah lagi rumpun masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan adat resam boleh dirapatkan dengan pertuturan bahasa yang pelbagai.
Inilah masanya kerajaan perpaduan memulakan langkah yang lebih proaktif bagi menggalakkan remaja Malaysia mendalami bahasa ibunda kaum lain pada peringkat sekolah. Anjakan paradigma ini jika dilaksanakan dengan kaedah yang betul dan bersistematik bakal melahirkan warga Malaysia yang menguasai lebih daripada satu bahasa.
Yang lebih istimewa, kita mampu memahami dan bertutur dalam bahasa ibunda kaum lain untuk mempererat lagi hubungan solidariti rakyat Malaysia. Hal ini sekali gus dapat mengurangkan jurang ilmu kebahasaan yang dikuasai oleh sesuatu kaum.
* Azura Halid ialah seorang pencinta bahasa yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Azura Halid
Sat Jan 14 2023
Ada sesetengah ibu bapa yang sanggup berhabis duit memulakan pendidikan awal kanak-kanak di sekolah tadika atau prasekolah aliran Cina. - Gambar hiasan
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.
Dinamik bahasa dalam penggunaan ChatGPT
Kendatipun ChatGPT mampu menyelesaikan masalah bahasa secara dinamik dengan data raya yang mengagumkan, ia masih mempunyai kekurangan.
Leksikal ayam dalam simpulan bahasa merujuk perangai manusia
Sedar atau tidak, dalam diri manusia itu sendiri ada sifat 'binatang' yang memungkinkan perangai manusia itu disamakan dengan sifat binatang.
Subjek bahasa: Jangan pandang sebelah mata
Semua pelajar pada peringkat menengah bagi sekolah aliran nasional diberikan peluang untuk mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibunda.
Murid digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
Murid digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan dunia yang penuh persaingan pada masa kini.
Undian KPN Semarak Uniti: Hampir 70 peratus kata boleh bertutur lebih daripada dua bahasa
68.6 peratus responden mengatakan ya kepada persoalan diajukan manakala 21.1 peratus menyatakan tidak.
Pelaburan dalam pendidikan bahasa beri pulangan dua kali ganda untuk ekonomi UK - Kajian
Peningkatan murid sekolah menengah yang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Perancis atau Sepanyol boleh meningkatkan ekonomi UK berbilion pound dalam tempoh 30 tahun.
Kongsi makanan menerusi 'TikTok' wujud harmoni kaum
Ceddy menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sekali-sekala diselitkan dengan lawak jenaka di samping menjaga sensitiviti kaum.
Pelajar fasih lima bahasa utama dunia dengan hanya belajar melalui YouTube
Azrey mampu bertutur dalam bahasa Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin serta bahasa Inggeris.
Anak muda Perak bangga guna dialek sendiri
Ada laporan media mengatakan dialek negeri itu mula diancam kepupusan kerana golongan muda asal Perak tidak berminat menuturkannya.