: PENINGKATAN pelajar sekolah menengah yang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Perancis atau Sepanyol boleh meningkatkan ekonomi United Kingdom (UK) berbilion pound sterling (pound) dalam tempoh 30 tahun, dedah kajian terbaharu Universiti of Cambridge dan Institut penyelidikan bukan keuntungan, RAND Europe.
Kajian itu juga memberi amaran bahawa kemerosotan berterusan dalam pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah UK menjejaskan keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Penyelidik mendapati bahawa nisbah faedah kepada kos untuk meningkatkan pendidikan bahasa Arab, Mandarin, Perancis atau Sepanyol dianggarkan sekurang-kurangnya 2:1, iaitu bermaksud perbelanjaan setiap 1 pound boleh memberi pulangan kira-kira 2 pound kepada negara.
Penyelidik menggunakan model makroekonomi untuk mengkaji prestasi ekonomi UK bagi tempoh sekarang hingga 2050 .
Ia menunjukkan jika lebih ramai murid berumur antara 11 hingga 16 tajun iaitu Tahap Utama 3 (KS3) dan Tahap Utama 4 (KS4) belajar bercakap satu daripada empat bahasa berbeza, mereka boleh menggunakannya secara berkesan dalam perniagaan.
Pemodelan itu berdasarkan Program Kecemerlangan Mandarin Kerajaan yang dilihat berjaya, dimana melibatkan masa pembelajaran tambahan tanpa menjejaskan mata pelajaran lain.
Analisa itu juga menunjukkan peningkatan 10 mata peratusan di kalangan pelajar KS3 dan KS4 yang belajar Bahasa Arab yang sekali gus mampu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK antara 11.8 bilion pound hingga 12.6 bilion pound dalam masa 30 tahun.
Situasi itu sepadan dengan kira-kira 0.5% daripada KDNK UK pada 2019.
Peningkatan murid yang mempelajari bahasa Mandarin juga akan meningkatkan KDNK antara 11.5 bilion pound sehingga 12.3 bilion pound.
Bagi bahasa Perancis, faedahnya adalah antara 9.1 bilion pound hingga 9.5 bilion pound, dan peningkatan dalam bahasa Sepanyol dianggarkan antara 9.1 bilion pound hingga 9.7 bilion pound.
Selain itu, nisbah faedah kepada kos dengan menggunakan pelbagai anggaran kos pendidikan bagi setiap murid setahun bagi bahasa Arab ialah 600 pound hingga 800 pound, Mandarin: 480 hingga 720 pound, dan 240 pound hingga 600 pound bagi bahasa Perancis dan Sepanyol.
Dalam pada itu, Pengarang Utama kajian, Wendy Ayres-Bennett berkata bahasa memainkan peranan penting dalam perdagangan antarabangsa.
Dalam masa sama, seseorang yang mempunyai bahasa yang sama boleh mengurangkan halangan perdagangan dan memupuk perdagangan.
Justeru katanya, kajian itu memberikan anggaran ekonomi baharu untuk beberapa potensi bahasa UK yang belum diterokai.
“Walau bagaimanapun, UK telah mengalami kemerosotan mendadak secara keseluruhan dalam penggunaan bahasa sejak 2004.
"Pada masa Kerajaan UK berusaha untuk menetapkan semula hubungan ekonomi globalnya, kemerosotan dalam kemahiran bahasa seperti itu boleh memberi kesan kepada keupayaan UK untuk bersaing di peringkat antarabangsa. peringkat global," jelasnya.
Rahimah Abdullah
Sun Jun 26 2022

Peningkatan murid sekolah menengah yang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Perancis atau Sepanyol boleh meningkatkan ekonomi United Kingdom (UK) berbilion pound dalam tempoh 30 tahun. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.

Trump pilih pencipta 'The Apprentice' Mark Burnett sebagai Utusan Khas ke UK
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencalonkan penerbit televisyen British Mark Burnett yang terkenal dengan rancangan "The Apprentice", sebagai utusan khas ke United Kingdom (UK).

Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.

Perkhidmatan kereta api UK lumpuh akibat kerosakan sistem komunikasi
Perkhidmatan kereta api di seluruh Britain tergendala berikutan kerosakan sistem komunikasi pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan National Rail.

Bank perlu bayar semula kepada mangsa 'scam' jika cuai - PM
Malaysia patut mencontohi United Kingdom (UK) yang memperkenalkan undang-undang lebih ketat ke atas pihak bank bagi memastikan pemilik akaun dilindungi daripada jenayah penipuan kewangan.

UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di Asia Barat
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin mengenai situasi di Asia Barat.

UK gesa Israel benarkan bantuan masuk ke Gaza
Israel harus memastikan keselamatan penduduk awam dan membuka laluan untuk membolehkan bantuan kecemasan disalurkan.

UK sumbang bantuan GBP5 juta untuk UNICEF Lubnan di tengah serangan dan tembakan roket
Bantuan itu akan disalurkan kepada bekalan perubatan, kit kebersihan, bahan api untuk stesen air dan pasukan kecemasan.

Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK
Beberapa negara telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganegara mereka di United Kingdom (UK) berikutan protes dan rusuhan antipendatang yang berlarutan selama beberapa hari.

UK bergelut dengan rusuhan terburuk dalam 13 tahun
Pergeseran itu merupakan ujian besar kepada Perdana Menteri UK, Keir Starmer yang baru sebulan lalu terpilih menerajui negara selepas parti Buruh meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum.