Setiausaha luarnya, David Lammy menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, gesaan itu dibuat memandangkan situasi kemanusiaan di Gaza Utara dinilai semakin parah.
Katanya lagi, ia susulan akses kepada perkhidmatan asas terus merosot, selain laporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyebut hampir tiada bekalan makanan yang masuk dalam tempoh dua minggu terakhir.
Tegas Lammy, Israel harus memastikan keselamatan penduduk awam dan membuka laluan untuk membolehkan bantuan kecemasan disalurkan.
Tambahnya, UK bersama Perancis dan Algeria turut mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB pada Rabu bagi membincangkan isu ini.
Meskipun konflik berterusan, semua pihak terikat dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Sehubungan itu, UK juga membuat keputusan sukar bulan lalu untuk menggantung lesen eksport ke Israel yang berpotensi digunakan dalam operasi ketenteraan di Gaza.
Bagaimanapun menurut Lammy lagi, sokongan UK terhadap keselamatan Israel tidak berubah.
Justeru beliau bersama komuniti antarabangsa menyeru agar gencatan senjata segera dicapai bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan masuk selain dapat membebaskan baki tebusan.