SEORANG wartawan biasanya dilahirkan dengan ketajaman minda dan penguasaan bahasa yang sangat baik dalam setiap penulisan kewartawanan. Tokoh wartawan seperti A. Samad Ismail, Ishak Haji Muhammad dan Mazlan Nordin wajar dijadikan contoh dalam penghasilan penulisan kewartawanan.
Bukan sahaja bahasanya yang baik malahan tinjauan mindanya dalam setiap penulisan yang disiarkan mudah dihadam oleh pembaca.
Bahasa kewartawanan menggunakan laras bahasa yang tidak serupa sama sekali dengan laras bahasa ilmiah dan penulisan kreatif. Penulisan sesuatu berita dalam akhbar merangkumi tulisan-tulisan yang berbentuk laporan berita, ulasan berita dan rencana tentang berita (Nik Safiah Karim, 2008).
Sedikit berbeza dengan Sharil Nizam Sha’ri (2019) yang menyatakan bahawa penulisan kewartawanan terdiri daripada beberapa kelas, iaitu wawancara, ulasan, laporan, berita dan rencana. Kelima-lima jenis penulisan kewartawanan ini mempunyai fungsi yang berlainan. Penggunaan laras bahasanya juga agak berbeza antara satu sama lain.
Penulisan wawancara menjurus pada soalan dan jawapan. Setiap pertanyaan yang diajukan mempunyai jawapan hasil daripada temu ramah yang dilaksanakan sama ada secara lisan mahu pun tulisan. Penulisan berbentuk ulasan pula adalah penilaian atau pentafsiran yang ditulis berdasarkan perkara yang penting dan perlu diperjelaskan kepada pembaca dan khalayak masyarakat. Ulasan kewartawanan mestilah sahih dan disokong dengan fakta. Fakta perlulah konkrit, tepat dan bersumber.
Penulisan berbentuk laporan pula ialah pemberitahuan yang jelas tentang sesuatu kejadian dan bukannya gambaran atau luahan perasaan walaupun pendapat peribadi adalah dibenarkan namun keupayaan keadaan atau pendapat tersebut hendaklah relatif. Penulisan berita pula berbentuk penyataan sesuatu maklumat tentang sesuatu peristiwa yang telah, sedang atau akan berlaku. Terdapat berita yang ditulis berbentuk kontroversi, sensasi dan basi - bergantung pada jenis akhbar.
Akhbar arus perdana yang biasanya menjadi lidah kerajaan akan mengelak berita-berita yang menimbulkan kontroversi berbanding akhbar tabloid yang lebih sensasi. Manakala akhbar yang dicetak seminggu sekali atau berkala, biasanya menyiarkan berita yang sudah lapuk atau ‘basi’ namun masih boleh direkodkan sebagai dokumentasi.
Penulisan rencana pula ditulis untuk menyatakan buah fikiran yang mampu merangsang minda dan perasaan pembaca. Rencana yang baik ialah rencana yang ditulis berdasarkan ketepatan fakta dan sumber selain menzahirkan pandangan peribadi penulis dalam bentuk cadangan atau hujahan yang relevan.
Kelima-lima perbezaan dalam penulisan kewartawanan ini menggabungkan beberapa ciri kebahasaan termasuklah klausa, frasa dan kata yang akhirnya disusun untuk membentuk ayat yang lengkap. Untuk menzahirkan bahasa kewartawanan yang biasa menjadi luar biasa, penulis perlu bijak bermain dengan beberapa rangkai kata sehingga membentuk satu wacana yang mempunyai makna.
Tujuan utama penulisan kewartawanan ialah untuk menyalurkan maklumat. Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca. Bahasa yang digunakan haruslah tepat dan betul agar dapat difahami dengan mudah.
Bahasa kewartawanan dalam akhbar mempunyai keterbatasan penggunaan tatabahasa bagi tujuan penjimatan ruang namun sebaik-baiknya hendaklah menggunakan laras bahasa yang tepat. Laras bahasa yang digunakan sekali pun ringkas, mestilah betul dari segi nahu dan perbendaharaan katanya.
Menurut Waterhouse (1989), ciri-ciri bahasa kewartawanan yang baik mencakupi kata yang khusus, konkrit, istilah biasa dan penyataan yang positif. Laras bahasa kewartawanan tidak perlu menggunakan istilah jargon, luahan yang emotif dan ayat yang dramatik. Penerangan yang berlebih-lebihan juga perlu dielakkan dalam penulisan kewartawanan supaya apa jua yang hendak disampaikan benar-benar tepat dan padat.
* Azura Halid ialah seorang pencinta bahasa yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
* Artikel ini adalah pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Azura Halid
Sun Jun 25 2023
![[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat [KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675670339_generickomputerl.jpg)
Bahasa kewartawanan dalam akhbar mempunyai keterbatasan penggunaan tatabahasa bagi tujuan penjimatan ruang namun sebaik-baiknya hendaklah menggunakan laras bahasa yang tepat. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
![[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung [KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729697022_TBFlagsilhouette.jpg)
[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung
Seperti negeri lain di Malaysia, negeri Johor juga mempunyai dialek dan bahasa kolokial yang unik dan tersendiri.

Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan
DBP berharap aktiviti bahasa dan kesusasteraan akan sentiasa segar serta menjadi wahana penting dalam mendidik masyarakat MADANI.
![[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat [KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675670339_generickomputerl.jpg)
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.

Dinamik bahasa dalam penggunaan ChatGPT
Kendatipun ChatGPT mampu menyelesaikan masalah bahasa secara dinamik dengan data raya yang mengagumkan, ia masih mempunyai kekurangan.

Leksikal ayam dalam simpulan bahasa merujuk perangai manusia
Sedar atau tidak, dalam diri manusia itu sendiri ada sifat 'binatang' yang memungkinkan perangai manusia itu disamakan dengan sifat binatang.

Subjek bahasa: Jangan pandang sebelah mata
Semua pelajar pada peringkat menengah bagi sekolah aliran nasional diberikan peluang untuk mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibunda.

Murid digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
Murid digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan dunia yang penuh persaingan pada masa kini.

Undian KPN Semarak Uniti: Hampir 70 peratus kata boleh bertutur lebih daripada dua bahasa
68.6 peratus responden mengatakan ya kepada persoalan diajukan manakala 21.1 peratus menyatakan tidak.

Pelaburan dalam pendidikan bahasa beri pulangan dua kali ganda untuk ekonomi UK - Kajian
Peningkatan murid sekolah menengah yang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Perancis atau Sepanyol boleh meningkatkan ekonomi UK berbilion pound dalam tempoh 30 tahun.

Kongsi makanan menerusi 'TikTok' wujud harmoni kaum
Ceddy menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sekali-sekala diselitkan dengan lawak jenaka di samping menjaga sensitiviti kaum.