BUTTERWORTH:Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas 60 pertuduhan menyalahgunakan wang milik sebuah syarikat pada Julai dan Ogos tahun lalu.
Tertuduh, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Foon Char Peng.
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama, dengan curang menyalahgunakan wang milik syarikat Mandy Corporation Sdn Bhd yang berjumlah RM191,312.70.
Mengikut pertuduhan kesalahan didakwa dilakukan di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma' Amira Shahidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM360,000 iaitu RM3,000 bagi setiap pertuduhan setiap seorang.
Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 2 Februari depan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jan 08 2021
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas 60 pertuduhan menyalahgunakan wang milik sebuah syarikat pada Julai dan Ogos tahun lalu. - Foto Astro AWANI
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Wanita dipenjara enam bulan salah guna wang lebih RM1.5 juta milik syarikat
Majistret Datin Sabariah Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas Tan I-Lynn, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan.
Pengarah Yayasan Kemajuan India W. Persekutuan didakwa 11 pertuduhan salah guna wang
Tertuduh didakwa telah secara curang menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM86,000 kepunyaan yayasan tersebut.
Suami isteri didakwa 60 pertuduhan salah guna wang syarikat
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas 60 pertuduhan menyalahgunakan wang milik sebuah syarikat pada Julai dan Ogos tahun lalu.
Juruwang didakwa salah guna wang pelanggan RM45,000
Tertuduh Nurul Hazariah Abdul Latif, 28, memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Bekas polis didakwa salah guna wang insurans lebih RM100,000
Tertuduh yang juga seorang ejen insurans dituduh dengan curang telah menyalahgunakan wang tunai pembayaran insuran pelanggannya.
Pelayan karaoke didakwa miliki bom tangan
Tam Boon Wei, 40, didakwa memiliki bahan letupan di kawasan tanah tepi longkang Blok B, De Tropicana Kondominium, Jalan Kuchai Maju 13, Brickfields di sini pada 11 pagi, 13 Jan lepas.