Seorang pelayan karaoke mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebutir bom tangan, Sabtu lepas.
Tam Boon Wei, 40, didakwa memiliki bahan letupan iaitu sebutir bom tangan yang telah ditanam dengan niat menggunakannya untuk membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan teruk kepada harta di kawasan tanah tepi longkang Blok B, De Tropicana Kondominium, Jalan Kuchai Maju 13, Brickfields di sini pada 11 pagi, 13 Jan lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 7(b) Akta Bahan Letupan 1957 itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun Tam yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan memohon jaminan rendah atas alasan dia penanggung tunggal keluarga serta isterinya sedang sarat mengandung anak ketiga.
Majistret Mahyudin Mohmad Som membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Feb untuk sebutan semula kes.
Di mahkamah sama, seorang peniaga S. Chandra, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan curang menyalahgunakan wang sebanyak RM325,000 yang dikeluarkan oleh seorang individu menggunakan cek tunai bank daripada akaun semasa Hong Leong Bank milik bersama beberapa individu lain.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hong Leong Bank Cawangan Bandar Baru Sri Petaling, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, Brickfields di sini pada 2.24 petang, 12 Mei 2015 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang diwakili peguam R.Vigneswaran memohon jaminan rendah atas alasan dia menanggung keluarga.
Majistret Mahyudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Feb untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, Chandra pernah didakwa di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan iaitu lapan pertuduhan menyalahgunakan wang dan empat pertuduhan menipu.
BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018
Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Feb untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang di Tapak Projek Bandar Sri Pinang, Pulau Pinang.
#AWANInews
#AWANInews
#AWANIRingkas 11 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Januari 2025
1️⃣ Pengangguran: Data terkini DOSM
2️⃣ Banjir di Kota Tinggi, Johor
3️⃣ Dakwaan kemasukan warga China
#awaniringkas
1️⃣ Pengangguran: Data terkini DOSM
2️⃣ Banjir di Kota Tinggi, Johor
3️⃣ Dakwaan kemasukan warga China
#awaniringkas
Pulih dari serangan strok, Haerieyanto lebih hargai nikmat kesihatan
"Kalau dahulu saya bedal nak makan apa, saya hisap rokok tak ingat dunia, rehat tak cukup sehinggakan saya jatuh sakit."
Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.
Poland janji lindungi Netanyahu dari waran tangkap ICC
Kerajaan Poland menerima pakai resolusi yang menjanjikan pegawai kanan Israel, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bebas mengunjungi negara itu.
Trump dilepaskan tanpa syarat, tiada penalti dalam kes bayaran tutup mulut
Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dilepaskan tanpa syarat di New York pada Jumaat selepas disabitkan dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan.
Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool
Perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Liverpool dan Accrington Stanley bagaikan final Liga Juara-Juara (UCL), kata Anre Slot.
Kebakaran Los Angeles: Gabenor California jemput Trump ke lokasi, gesa tidak 'politikkan' tragedi
Gabenor California, Gavin Newsom menjemput Presiden Amerika Syarikat terpilih, Donald Trump untuk melawat negeri itu, sambil menggesa beliau agar tidak "mempolitikkan" kebakaran dahsyat yang melanda Los Angeles.
Kebakaran: Dua kebakaran besar di Los Angeles berjaya dikawal
Pasukan bomba akhirnya mula berjaya mengawal dua kebakaran besar di bahagian timur dan barat Los Angeles pada Jumaat selepas angin kencang yang memburukkan kebakaran selama beberapa hari, mulai reda.
Di sebalik itu, cabaran berkaitan akses kepada sumber air menimbulkan banyak persoalan.
Di sebalik itu, cabaran berkaitan akses kepada sumber air menimbulkan banyak persoalan.
Bursa Malaysia dijangka alami kenaikan sederhana minggu depan, didorong optimisme
Dagangan mungkin kekal dalam julat kecil kerana pelabur menilai optimisme berkaitan peluang tempatan dalam keadaan pendirian berhati-hati terhadap ketidaktentuan global.
Warga emas maut akibat letupan bom buatan sendiri
Mangsa yang berusia 60an itu ditemui di kawasan bangunan sarang burung walet di Kampung Bukit Kuah.
Polis musnahkan bom tangan dijumpai pekerja tapak pelupusan
Polis menerima aduan berhubung penemuan bom tangan itu pada jam 1.30 petang Isnin.
Pesan telefon pintar dapat bom tangan
Bom tangan yang diterima itu seperti pernah dilihat dalam filem Rambo.
Lebih sedozen terbunuh dalam serbuan antidadah di Brazil
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh pada Rabu dalam siri terbaharu operasi antidadah di Rio de Janeiro, Brazil yang menyaksikan sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh sejak Jumaat.
Lima anggota tentera India terbunuh dalam serangan di Kashmir
Bom tangan kemungkinan digunakan dalam serangan itu yang turut menyebabkan kenderaan berkenaan terbakar.
Seorang terbunuh, lima cedera dalam letupan di Montenegro
Terdahulu, timbul beberapa laporan palsu berkenaan letupan di ibu kota negara itu sebagai protes terhadap kerajaan.
Lelaki ditembak mati, kumpulan penjenayah aktif sejak 2009 tumpas - Polis
Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang bergerak aktif sejak 2009 dengan menembak mati seorang lelaki dan menahan lapan suspek yang lain, dalam beberapa operasi di Lembah Klang, pada Sabtu lep
Filipina Memilih: 9 cedera akibat letupan bom tangan di pusat mengundi
Insiden berlaku beberapa jam sebelum waktu mengundi bermula.
Bom tangan ditemui bawah tempat duduk pemandu, tiga ditahan
Dalam kejadian pada Khamis, polis menemui bahan letupan itu susulan penemuan dua lagi senjata lain di but kereta jenis Toyota Vios.
Dua butir bom, lebih 600 peluru ditemui dalam stor pili bomba
Berikutan penemuan itu, sepasukan polis daripada Unit Pemusnah Bom IPK Pulau Pinang bergegas ke lokasi kira-kira jam 9 malam bagi melakukan pemeriksaan.