BUTTERWORTH: Pengarah Yayasan Kemajuan India Wilayah Persekutuan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 11 pertuduhan salah guna wang berjumlah RM86,000 pada 25 dan 26 Ogos tahun lepas.
Tertuduh, Govindarajoo R. Muniandy, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Zulhazmi Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Pengarah Yayasan Kemajuan India Wilayah Persekutuan telah secara curang menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM 86,000 kepunyaan yayasan tersebut.
Semua kesalahan tersebut dilakukan di Maybank Berhad, Taman Inderawasih, Jalan Chain Ferry, Perai pada 25 dan 26 Ogos tahun lepas.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Selain itu, tertuduh juga didakwa atas 11 pertuduhan pilihan bagi kesalahan sama iaitu jumlah, tarikh kejadian serta lokasi yang sama mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, semasa prosiding pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM50,000 dengan syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali serta pasport diserahkan kepada SPRM.
Bapa kepada tiga orang anak itu memohon jaminan ke atasnya dikurangkan atas alasan hanya bekerja sebagai perunding serta tidak mempunyai pendapatan tetap selain perlu menanggung tiga anaknya yang masih bersekolah termasuk dua yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.
Govindarajoo turut memaklumkan bahawa dia tanpa ingkar sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya terhadap SPRM berhubung kes ini.
Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM20, 000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri ke Pejabat SPRM sebulan sekali serta pasport diserahkan kepada SPRM sehingga kes selesai.
Kes disebut semula 1 September depan untuk lantikan peguam.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Aug 01 2022
Tertuduh, Govindarajoo R. Muniandy (kiri) mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Zulhazmi Abdullah. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Pengarah Yayasan Kemajuan India W. Persekutuan didakwa 11 pertuduhan salah guna wang
Tertuduh didakwa telah secara curang menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM86,000 kepunyaan yayasan tersebut.