KUALA LUMPUR: Satu kertas siasatan enkuiri polis telah dibuka berhubung laporan seorang pemilik Facebook bernama Gan Gong yang mendakwa isterinya dicederakan dan dikasari oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju ketika ditahan, bulan lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP D Saralathan berkata pihaknya turut mengesan hantaran berkenaan yang mengandungi gambar serta laporan polis berhubung dakwaan itu.
"Kertas siasatan ini dibuka susulan laporan dibuat oleh pengadu bagi tujuan menyiasat tindakan polis berkenaan sama ada mengikut peraturan dan undang-undang atau sebaliknya. Siasatan yang terperinci dan telus akan dijalankan," katanya dalam kenyataan Selasa malam.
Katanya semakan pada 25 Julai lepas kira-kira pukul 4.40 petang mendapati pasukan itu telah menyerbu sebuah rumah di Setapak.
"Semasa serbuan lelaki berusia 41 tahun dan isterinya 31 tahun telah membuat provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit bagi mendapatkan perhatian penduduk sekitar," katanya.
"Mereka juga tidak memberikan kerjasama dan telah menghalang polis daripada menjalankan tugas sehingga telah berlaku pergelutan antara polis dengan pasangan itu," katanya.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke pejabat narkotik IPD Wangsa Maju untuk ujian saringan air kencing dan didapati suspek lelaki positif dadah dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, manakala suspek wanita adalah negatif.
Kedua-dua suspek turut ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan.
Saralathan berkata selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada 31 Julai pada jam 2.32 petang, pasangan itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak.
Beliau menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika wujud sebarang salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota pasukan itu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan juga diminta untuk menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 03 2021
![Suami dakwa polis cedera, kasari isteri, kertas enkuiri polis dibuka Suami dakwa polis cedera, kasari isteri, kertas enkuiri polis dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627989835_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis turut mengesan hantaran berkenaan yang mengandungi gambar serta laporan polis berhubung dakwaan itu.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Pengasuh didakwa aniaya, abai anak jiran hingga mati lemas Pengasuh didakwa aniaya, abai anak jiran hingga mati lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696227215_DERA.jpg)
Pengasuh didakwa aniaya, abai anak jiran hingga mati lemas
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak jirannya berusia tiga tahun, sehingga menyebabkan kanak-kanak itu lemas.
![Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689928944_WomenSilhoutte.jpg)
Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan
Supt Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan 20an itu, pada 4.52 pagi.
![Wanita diperkosa bergilir-gilir lima rakan abang ipar Wanita diperkosa bergilir-gilir lima rakan abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/71459595555_Raped.jpg)
Wanita diperkosa bergilir-gilir lima rakan abang ipar
Lebih malang, perbuatan terkutuk yang berlaku jam 3.30 pagi itu turut dirakam oleh suspek.
![Telefon bimbit iPhone dicuri sudah dipulangkan - Polis Telefon bimbit iPhone dicuri sudah dipulangkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682074048_keskecurian.jpg)
Telefon bimbit iPhone dicuri sudah dipulangkan - Polis
Kes kecurian telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai di Wangsa Maju, Kuala Lumpur diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
![Kes pukul, polis tahan 10 pelajar kolej vokasional Kes pukul, polis tahan 10 pelajar kolej vokasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642260483_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Kes pukul, polis tahan 10 pelajar kolej vokasional
Polis menahan 10 pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di Wangsa Maju, kerana disyaki memukul seorang pelajar lain hingga mencederakan pelajar itu.
![Dua direman, disyaki terlibat kes buang janin di stesen minyak Danau Kota Dua direman, disyaki terlibat kes buang janin di stesen minyak Danau Kota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652202001_Janin.jpg)
Dua direman, disyaki terlibat kes buang janin di stesen minyak Danau Kota
Dua individu direman selama tiga hari selepas dipercayai terlibat dengan kes pembuangan janin di sebuah stesen minyak di Danau Kota pada Rabu.
![Pusat beli-belah AEON Alpha Angle akan jalani proses transformasi selepas 30 tahun Pusat beli-belah AEON Alpha Angle akan jalani proses transformasi selepas 30 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637290212_AeonAlphaAngle.jpg)
Pusat beli-belah AEON Alpha Angle akan jalani proses transformasi selepas 30 tahun
Kerja-kerja pengubah suaian itu dijangka siap sepenuhnya pada April 2022.
![Suami dakwa polis cedera, kasari isteri, kertas enkuiri polis dibuka Suami dakwa polis cedera, kasari isteri, kertas enkuiri polis dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627989835_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Suami dakwa polis cedera, kasari isteri, kertas enkuiri polis dibuka
Polis turut mengesan hantaran berkenaan yang mengandungi gambar serta laporan polis berhubung dakwaan itu.
![Ebit Lew beli khemah, bantu peniaga bazar Ramadan terjejas akibat ribut Ebit Lew beli khemah, bantu peniaga bazar Ramadan terjejas akibat ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618454031_EbitLiew.jpg)
Ebit Lew beli khemah, bantu peniaga bazar Ramadan terjejas akibat ribut
Ebit Lew telah membeli tujuh buah khemah baharu untuk para peniaga di bazar tersebut, selain memberi duit belanja kepada sebahagian daripada mereka.
![Bekalan air di 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak pulih Bekalan air di 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71589476718_WaterPipe.jpg)
Bekalan air di 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak pulih
Kesemua 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang mengalami gangguan bekalan air berjadual pulih sepenuhnya pada jam 8.15 malam ini.