KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas satu pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak jirannya berusia tiga tahun, sehingga menyebabkan kanak-kanak itu lemas, dua minggu lalu.
Siti Aina Nurnisa Mohammad Sa’id, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Mengikut pertuduhan, wanita itu sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang kanak-kanak perempuan, didakwa sengaja menganiayai dan mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu akibat rendaman.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Wangsa Maju pada jam 11 hingga 11.20 pagi, 20 September lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau keduanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Lim Chooi Yi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan syarat tambahan, melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan.
Bagaimanapun, peguam, Muhammad Irsyad Mohamad Hassan merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana Siti Aina Nurnisa perlu menjaga tiga anak berusia satu sehingga tujuh tahun.
“Dia juga menyara ibu selain bapanya terlantar akibat kecederaan di kepala,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hamidah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 November depan untuk sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023
Siti Aina Nurnisa (kanan) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, atas satu pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak jirannya berusia tiga tahun, sehingga menyebabkan kanak-kanak itu lemas, dua minggu lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
Pengasuh didakwa aniaya, abai anak jiran hingga mati lemas
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak jirannya berusia tiga tahun, sehingga menyebabkan kanak-kanak itu lemas.