Status sumber air negara sebenarnya masih mencukupi, namun pengurusan yang kurang efisyen menyebabkan pengguna sering berdepan krisis bekalan air yang seringkali terhad, kata Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S.Piarapakaran.
Itu sebabnya sejak sekian lama dia bertegas supaya penstrukturan semula industri air perlu disegerakan sebagai asas kepada mencapai hasrat yang digariskan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) Malaysia 2017-2030.
“Perkara penting dalam pelaksanaan ini adalah Indah Water Konsortium (IWK) juga perlu distruktur semula di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 di mana IWK akan dipecahkan kepada syarikat-syarikat yang lebih kecil di peringkat negeri dan digabungkan dengan syarikat-syarikat air sedia ada di setiap negeri.
“Dan ini bukan perkara baru, pihak kami sudah lama utarakan, malahan isu ini sudah termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), mungkin KeTTHA tertinggal dan baru dimasukkan ke dalam pelan induk itu,” dakwanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Fokus utama pelan 13 tahun itu antaranya adalah merawat semula satu pertiga daripada air kumbahan terawat untuk dijadikan sumber air bersih baharu sebagai alternatif mengurangkan tekanan terhadap sumber air sedia ada.
Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Zaini Ujang pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan GTMP di Alor Gajah pada Rabu, yang mana katanya pelan itu mensasar pengurangan 25 peratus air tidak terhasil menjelang 2020 dan lagi 15 peratus menjelang 2030.
Cadangan itu dilihatnya sebagai langkah baik daripada kerajaan, walaupun ia bukan perkara baharu sudah lama diutarakan banyak pihak yang prihatin sebelum ini.
Pengkhususan loji rawatan air
Namun ianya kata Priyapakaran akan membabitkan kos yang mahal, melainkan struktur industri air disusun semula supaya tidak berlaku ‘dua kali kerja’, iaitu merawat semula air yang telah terawat untuk kegunaan industri juga kegunaan isi rumah.
“Industri elektronik dan keluli misalnya, mereka tidak memerlukan air dengan klorin, maka ketika air perlu diproses semula untuk membuang elemen klorin terlebih dahulu sebelum disalur dan digunakan kilang-kilang.
“Jadi lebih baik (menggunakan air) yang menepati piawaian yang mereka perlukan, yang boleh mengurangkan permintaan air terawat daripada loji rawatan air biasa yang boleh disalurkan untuk kegunaan lain,” jelasnya.
Kegunaan lain yang dimaksudkan termasuklah untuk isi rumah yang akan digunakan untuk mencuci, memasak serta makan dan minum.
“(Air kumbahan terawat) hanya akan terus disalurkan kepada industri yang memerlukan dan ini salah satu cara yang lebih efektif daripada segi pengawalan kos,” jelasnya lagi.
Israr Khalid
Fri Mar 16 2018

Air kumbahan terawat hanya untuk kegunaan industri sahaja, maklum Priyapakaran. - Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kerajaan perlu siap sedia hadapi kemungkinan berlaku fenomena El Nino - AWER
AWER mengetengahkan isu-isu yang mesti dipertimbangkan supaya Malaysia bersedia menghadapi corak cuaca bermusim ini.

SPAN digesa siasat isu gangguan bekalan air di Langkawi
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyiasat isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku di Langkawi.

Isu air Selangor: Rakyat perlu tahu isu sebenar, beri tekanan kepada kepimpinan
Mereka perlu menjalankan tanggungjawab sebaiknya atau berdepan hukuman ditolak rakyat daripada kerusi kuasa mereka.

Hargai alam sekitar, wang tidak boleh kembalikan alam kepada bentuk asal
Tema Biodiversiti dengan slogan 'Waktunya Untuk Alam', memperlihatkan kepentingan kepelbagaian biologi sebagai aset dunia yang sangat bernilai untuk kesejahteraan manusia sejagat.

Musim kering: Wajar pertimbang catuan air - AWER
Catuan bekalan air wajar dilaksanakan di kawasan-kawasan yang paras empangannya berada pada lingkungan 50 peratus berikutan musim kering yang dijangka berpanjangan sehingga Mei ini.

Struktur semula air dengan segera, baru mudah laksana GTMP - AWER
Kata pengerusinya, S.Piarapakaran, struktur industri air perlu disusun semula supaya lebih efisyen dan tidak berlaku 'dua kerja' dalam fokus KeTTHA untuk laksana penggunaan air kumbahan terawat.

Guna pendingin hawa tapi mahu jimat bil elektrik? Ikuti 5 panduan asas ini
Ini tip serta saranan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) bagi membantu menjimatkan bil elektrik anda.

El-Nino: Beri insentif kepada pemaju bangunan cekap tenaga - AWER
Kerajaan disaran memberikan insentif kepada pemaju dan pemilik bangunan yang membina bangunan cekap tenaga.

KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak telus dalam penetapan tarif elektrik - AWER
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mendakwa KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak telus dalam penetapan tarif elektrik.

AWER persoal keengganan Selangor mulakan catuan air
Keengganan kerajaan Selangor itu seolah-olah menunjukkan ia begitu yakin musim hujan pasti bermula bulan depan.