Orang ramai seharusnya tidak bimbang dengan laporan kononnya Stesen Angkasa China Tiangong-1 berkemungkinan bakal terhempas di bumi Malaysia termasuk Kuala Lumpur seperti yang didakwa sesetengah pihak .
Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad, kemungkinan Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah.
“Berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan melibatkan banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia, khususnya Kuala Lumpur, Singapura, Sydney, Florida dan Beijing.
“Kebarangkalian untuk Kuala Lumpur menjadi tempat jatuhnya serpihan adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699 peratus dan Malaysia pula hanyalah 0.09 peratus,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, kebanyakan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa pergeseran dengan atmosfera dan risiko untuk serpihan itu mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah sangat rendah.
Penyusutan Tiangong-1 sedang diperhatikan secara teliti oleh pelbagai agensi seperti ESA, NASA, JAXA dan CNSA.
Tiangong-1 adalah stesen angkasa milik China yang dilancarkan pada 29 September 2011 dan pada September 2016, Penolong Pengarah di China Manned Space Engineering (CMSE), Wu Ping mengumumkan bahawa stesen angkasa berkenaan akan jatuh ke atmosfera bumi pada penghujung 2017, selepas misi selama enam tahun.
Isabelle Leong
Thu Nov 16 2017

Dr Noordin Ahmad: Kemungkinan Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids bermula lewat malam ini
Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids akan dapat disaksikan di ruang angkasa negara pada lewat malam ini sehingga awal pagi esok (14 Ogos).

Kemuncak juraian meteor Perseids dapat disaksikan lewat malam ini
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids dijangka lewat malam ini hingga awal pagi Jumaat.

Tiangong-1 telah jatuh ke bumi - ANGKASA
Dr Noordin Ahmad berkata keseluruhan komponen dan struktur binaannya telah hancur dan hangus terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi.

Tiangong-1 diramal lintasi Malaysia awal pagi
Stesen angkasa Tiangong-1 milik China yang sedang jatuh ke bumi diramalkan melintasi Malaysia selama 81 saat mulai 3.19 pagi (30 Mac).

Kenapa anda perlu saksikan fenomena gerhana bulan penuh?
Pada 2015, penduduk Malaysia telah berkesempatan untuk menyaksikan fenomena yang menggamit perhatian semua iaitu fenomena Gerhana Bulan Penuh yang berlaku pada tahun 2015. Anda terlepas peluang ini?

Stesen angkasa China bakal terhempas di KL? Ini penjelasan ANGKASA
Kebarangkalian Stesen Angkasa China Tiangong-1 bakal terhempas di bumi Malaysia amat membimbangkan apabila Kuala Lumpur menjadi antara lokasi yang terjejas.

Gerhana Bulan Penumbra boleh dilihat di Malaysia pagi esok
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sebahagian daripada fasa Gerhana Bulan Penumbra, pagi esok (11 Feb).

Supermoon tarik perhatian ramai
Ahli astronomi menyifatkan bulan akan berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun dan fenomena ini dijangka berlaku 18 tahun akan datang.

Peluang rakyat Malaysia lihat planet Zuhal pada Jumaat ini
Orang ramai berpeluang melihat planet Zuhal pada posisi istiqbal melalui teleskop, binokular dan mata kasar di langit Malaysia.

Asteroid 'Spooky' lintasi bumi malam ini
Malam esok, sebuah asteroid 'Spooky' bersaiz lebar antara 290 hingga 650 meter dijangka melintasi berhampiran Bumi pada jarak 1.3 kali jarak Bumi ke Bulan.