KUALA LUMPUR: Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids akan dapat disaksikan di ruang angkasa negara pada lewat malam ini sehingga awal pagi esok (14 Ogos).
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (MYSA), fenomena itu dapat dilihat secara purata 100 meteor per jam, dalam keadaan langit yang gelap dan cuaca baik.
"Kenampakan hujan meteor itu adalah bagus kerana Bulan Sabit Tua (5.4 peratus) yang akan terbit kira-kira 5.25 pagi tidak menjejaskan kenampakan hujan meteor Perseids," menurut kenyataan itu.
Fenomena hujan meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari dan merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle.
Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.
Komet ini kali terakhir mendekati bumi pada 1992 dan dijangkakan menghampiri bumi semula pada 2126.
Menurut MYSA, semasa komet itu mengorbit menghampiri matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet berkenaan, yang akhirnya akan memasuki atmosfera bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
Bagi mencerap hujan meteor Perseids, orang ramai boleh mengambil beberapa langkah antaranya, berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya) serta memastikan pandangan tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023

Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids akan dapat disaksikan di ruang angkasa negara pada lewat malam ini sehingga awal pagi esok (14 Ogos). - Foto REUTERS
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids bermula lewat malam ini
Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids akan dapat disaksikan di ruang angkasa negara pada lewat malam ini sehingga awal pagi esok (14 Ogos).

Perdana Menteri Najib berucap pada Perhimpunan Agung PBB
Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan pernyataan negara pada perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB ke-68 pada 26 Sept.