Stesen angkasa lepas China, Tiangong-1, akhirnya jatuh ke bumi pada jam 8.15 pagi (2 April di selatan Lautan Pasifik.
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad berkata keseluruhan komponen dan struktur binaannya telah hancur dan hangus terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi.
"Tiada sebarang sepihan yang tinggal jatuh ke permukaan bumi dan tiada sebarang kerosakan serta kecederaan dilaporkan setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ramalan proses memasuki semula atmosfera Bumi dikeluarkan pada 30 Mac sehingga 2 April mendapati kadar penurunan altitud Tiangong-1 adalah rendah berbanding ramalan sebelum ini.
"Hal ini adalah kesan daripada aktiviti matahari yang lemah dan memberi kesan kepada cuaca angkasa dalam mempengaruhi daya geseran pada Tiangong-1 ketika 'kemasukan semula' itu." katanya.
Beliau berkata ANGKASA akan mengambil langkah persediaan awal dan berterusan berkaitan langkah-langkah perlu dalam menghadapi kejadian sama pada masa hadapan.
Tiangong-1 sepanjang 10.4 meter itu dilancarkan pada tahun 2011 untuk melakukan misi berlabuh dan eksperimen di orbit sebagai sebahagian daripada program angkasa lepas China untuk menempatkan sebuah stesen angkasa lepas tetap di orbit Bumi menjelang 2023.
Diilaporkan, makmal angkasa lepas itu pada asalnya dirancang menamatkan operasi pada 2013 tetapi misinya berulang kali dilanjutkan.
China pernah menyatakan bahawa 'kemasukan semula' itu akan berlaku hujung tahun lalu tetapi proses itu tertangguh lagi, mengakibatkan sebilangan pakar membayangkan bahawa makmal angkasa lepas itu telah hilang kawalan.
Sementara itu, Agensi Angkasa Eropah sebelum ini, melaporkan, serpihan Tiangong-1 boleh jatuh di mana-mana lokasi yang terletak di antara New Zealand hingga ke bahagian Midwest di Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 02 2018

Stesen angkasa lepas China, Tiangong-1, akhirnya jatuh ke bumi pada jam 8.15 pagi (2 April di selatan Lautan Pasifik. -Gambar fail/China Manned Space Agency

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Satu pertiga Pakistan kini ditenggelami air
Pakistan mengalami kesan perubahan iklim yang melampau, walaupun hanya menyumbang kira-kira 1 peratus pelepasan gas rumah hijau global.

Asteroid sebesar Arc de Triomphe diramal menghentam bumi September ini
Kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.

Tiangong-1 telah jatuh ke bumi - ANGKASA
Dr Noordin Ahmad berkata keseluruhan komponen dan struktur binaannya telah hancur dan hangus terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi.

Stesen angkasa China dengan berat 7,000kg memasuki bumi pada 1 April - Agensi
Sebahagian serpihan dari stesen Tiangong-1 itu akan bertaburan di atas lautan dan sebahagian lagi di atas darat.