Anda terlepas peluang ini?
Jangan risau! Anda bakal menyaksikan fenomena ini sekali lagi dalam masa yang terdekat
Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) anda bakal menyaksikan sekali lagi fenomena hebat ini pada 31 Januari 2018 ini.
Hebatnya lagi fenomena ini adalah ia hanya berlaku setiap 150 tahun.
BACA: Saksikan gerhana penuh 'supermoon' 31 Januari ini
Masihkah anda tertanya tentang fenomena ini?
Mari kita fahaminya dengan mudah.
Fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini hanya boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau kedudukannya sangat hampir.
Fenomena ini juga mempunya tiga fasa iaitu Supermoon, Bluemoon dan Blackmoon.
Menurut ANGKASA, pada 31 Januari ini, rakyat Malaysia bakal menyaksikan Supermoon.
Sekarang pasti anda tertanya sekali lagi tentang fasa-fasa ini.
Bagi takrifan Supermoon, ia merupakan satu fasa apabila jarak bulan adalah kurang daripada 360,000 kilometer daripada Bumi.
ANGKASA telah mengumumkan bahawa pada tarikh kejadian ini, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula pada jam 6.51 petang hingga 12:08 tengah malam (1 Februari, 2018).
Fasa gerhana penuh maksima akan berluaku pada jam 09:29 malam dan keseluruhan gerhana ini akan berakhir pada jam 12.08 tengah malam (1 Februari, 2018).
Dengan itu pada 31 Januari ini juga Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Masjid Lapangan Terbang Senai bakal membuka peluang kepada orang ramai yang berada di Senai, Kulai dan kawasan sekitar dengannya untuk menyaksikan bersama fenomena Gerhana Bulan ini bersama.
Gerhana Bulan boleh dilihat dengan mata kasar sahaja, namun jika anda mempunyai binokular atau teleskop, pemandangan akan lebih jelas dan menarik.
Di Masjid Lapangan Terbang Senai nanti, anda berpeluang untuk melihat fenomena ini dengan alatan- alatan astronomi yang akan membuatkan pengalaman anda lebih bermakna dan sukar untuk dilupakan.
Jadi, tunggu apa lagi orang Johor? Lapangkan masa anda dan mari meriahkan suasana dengan hadir ke Masjid Lapangan Terbang Senai bagi menyaksikan fenomena unggul ini!
* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Nur Raudhah Abdul Malik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
** Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
*** Awani Rangers UTM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)