KUALA LUMPUR: Pembukaan semula Stadium Merdeka, yang menjadi tempat laungan keramat "MERDEKA!" bergema buat pertama kalinya pada 1957, dapat berterusan menggamit memori sejarah, memupuk nilai dan semangat patriotisme ketika negara mencapai kemerdekaan.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata ini kerana stadium yang menyimpan lipatan sejarahnya tersendiri itu dibina khas untuk pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Ia dibina khusus sebagai tanda mercu kemerdekaan kita, jadi ia sangat perlu dilestarikan untuk selama-lamanya memandangkan nilai sejarahnya begitu signifikan sekali. Ia bukan sahaja sebahagian daripada kemerdekaan kita, malah ia sebenarnya kemerdekaan kita itu sendiri.
"Apabila stadium ini dibuka semula, sudah tentu ia akan digunakan. Maka setiap kali stadium ini digunakan, ia akan memperingatkan rakyat tentang kemerdekaan yang dicapai dan betapa pentingnya kemerdekaan itu dalam kita membuat keputusan tentang negara," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, Teo turut menekankan agar aktiviti bersifat kemerdekaan termasuk penganjuran sukan, konsert, teater, perhimpunan, wajar dilaksanakan di stadium itu di sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menghidupkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sebagai tempat yang sinonim dengan perjuangan generasi sebelum ini.
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Arshad Raja Tun Uda mengumumkan Stadium Merdeka dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini selepas ia ditutup sejak 2016.
Katanya usaha restorasi untuk mengembalikan stadium itu kepada keadaan asal seperti pada 1957 mendapat kerjasama daripada Badan Warisan Malaysia dan Jabatan Warisan Negara selain turut menerima Anugerah Kecemerlangan dari Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sementara itu, pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata pembukaan semula stadium itu sangat dialu-alukan memandangkan negara tidak mempunyai monumen lain yang boleh mengingatkan rakyat kepada hari penting pada 31 Ogos 1957.
Beliau menzahirkan rasa syukur kerana kawasan stadium itu tidak 'diusik', malah telah dikekalkan dalam keadaan asal memandangkan rakyat memerlukan sesuatu yang simbolik untuk diingatkan kepada peristiwa penting mengenai sejarah tanah air.
"Stadium ini dulu tidak dipeduli, banyak acara kita lebih tertumpu di Stadium Nasional Bukit Jalil dan lain-lain. Tetapi ada pihak mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap sejarah dan warisan negara, maka pembukaan dan penggunaan semula stadium ini secara meluas patut kita alu-alukan.
"Saya percaya bukan sahaja kita boleh gunakannya sebagai satu legenda atau kenangan, tetapi ia juga boleh digunakan untuk kegiatan perfileman, majlis sosial teater atau pertandingan sukan kecil dengan berlatarbelakangkan peristiwa nostalgia itu.
"Sepatutnya kita uar-uarkan stadium itu bukan sahaja sebagai tempat yang kecil mahupun besar tetapi yang mempunyai kepentingan nasional atau signifikan kepada masyarakat. Jadikan ia sebagai stadium yang mudah didatangi oleh pengunjung," katanya.
Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila mula dibina pada 1956 dan siap dalam tempoh setahun seterusnya menjadi tempat Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, diikuti pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024

Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila mula dibina pada 1956 dan siap dalam tempoh setahun seterusnya menjadi tempat Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

TSSC 2024 buka lembaran baharu buat Stadium Merdeka - Abd Karim
TSSC 2024 pada Ogos depan disifatkan bakal membuka lembaran baharu buat stadium penuh bersejarah negara, Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka gamit memori berterusan sejarah kemerdekaan negara
Pembukaan semula Stadium Merdeka, dapat berterusan menggamit memori sejarah, memupuk nilai dan semangat patriotisme ketika negara mencapai kemerdekaan.

Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka
Kementerian Komunikasi mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan Stadium Merdeka, yang mula dibina pada 1956.

Stadium Merdeka dijangka dibuka semula pada suku kedua tahun ini
Stadium Merdeka, yang merupakan satu daripada mercu tanda ikonik bersejarah negara dijangka dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini selepas ia ditutup sejak 2016.

Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara
Pemulihan Stadium Merdeka dan pembangunan Menara Merdeka 118 yang berdiri gah bersebelahannya benar-benar mencerminkan sejauh mana negara telah berkembang maju.

Stadium Merdeka, ikonik negara dibuka semula pada suku pertama 2024
Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung apabila stadium berkapasiti 20,000 tempat duduk itu mula beroperasi di sebelah Merdeka 118.

Selamat tinggal Maradona...
Maradona meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung di kediamannya di Daerah Tigre, utara Buenos Aires, ibu negara Argentina.

Detik 1957 mendominasi sambutan Hari Kebangsaan 2017
Persembahan tahun ini mengembalikan detik bagaimana tanah air dibina hasil kepayahan yang diatasi secara kebersamaan dan perkongsian kuasa oleh anak Malaysia.

'Konsert Search 35 Tahun' ditangguh atas faktor keselamatan
Keputusan ini diambil atas faktor keselamatan para pengunjung dan keadaan persekitaran Stadium Merdeka di mana lokasi konsert akan diadakan.

Mariah Carey ucap terima kasih kepada peminat Malaysia
Diva pop itu menitipkan ucapan berkenaan melalui akaun Twitternya dan kini dalam persiapan untuk konsert di Singapura.