SEBAGAI seorang pemain bola sepak terulung sepanjang zaman yang memukau dunia dengan sentuhan ajaibnya, Diego Maradona pernah sekali mempersembahkan kebolehan luar biasanya mengawal bola di hadapan penonton tempatan di Stadium Merdeka, di sini pada Januari 1982.
Selepas empat tahun, beliau mengetuai pasukan kebangsaan Argentina dan memberikan inspirasi kepada rakan sepasukannya untuk menjulang Piala Dunia 1986, memenangi final menewaskan Jerman Barat tetapi perlawanan suku akhir menentang England kekal sebagai suatu detik tidak dapat dilupakan dalam kerjayanya iaitu jaringan beliau didakwa menggunakan tangan yang dikatakan sebagai "Hand of God".
Dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia yang tidak dapat dilupakan, Maradona mempamerkan aksi solonya yang menakjubkan menggelecek melepasi beberapa pemain pertahanan untuk menjaringkan gol yang tercatat dalam sejarah sebagai "gol abad ini" -- empat minit selepas golnya menerusi "Hand of God" dalam perlawanan itu.
Mengimbau kembali kepada 1982, Maradona yang ketika itu berusia 22 tahun dengan pasukannya Boca Juniors datang ke Malaysia menentang pasukan Jemputan Selangor XI dalam satu perlawanan persahabatan dan meletakkan namanya dalam senarai penjaring selepas merembat masuk bola yang menewaskan penjaga gol legenda negara - mendiang R Arumugam yang dikenali sebagai "Spiderman".
Hampir 23,000 peminat tempatan menjerit-jerit namanya apabila bekas bintang Barcelona dan Napoli itu berjalan keluar melalui terowong stadium sebelum mereka terpukau dengan aksinya di padang.
"Bila dia datang, setiap orang tahu mereka akan menyaksikan seorang bakal bintang dari Argentina. Pada masa itu beliau merupakan seorang pemain hebat yang sedang menggilap bakatnya," kata bekas wartawan Bernama Tham Choy Lim ketika mengimbas kembali malam bersejarah dalam bola sepak Malaysia itu kepada Bernama.
Tham berkata ramai orang datang membanjiri stadium untuk melihat Maradona yang melonjak naik namanya ketika beraksi dengan Boca Juniors.
Beliau juga mendedahkan peminat Malaysia bernasib baik dapat menyaksikan Maradona dan pasukannya datang ke Malaysia dan mempamerkan kehebatan mereka di hadapan mata mereka sendiri.
"Memandangkan Januari merupakan luar musim di Argentina, pasukan Boca Juniors membuat keputusan memilih Malaysia sebagai satu persinggahan untuk kempen pramusim dan saya bertuah kerana dipilih oleh ketua saya untuk membuat liputan perlawanan yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup saya," katanya.
Selangor pada ketika itu mengetengahkan pemain utama seperti arwah Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Santokh Singh dan pemain jemputan seperti legenda negara Datuk Soh Chin Aun, legenda Singapura Fandi Ahmad dan bintang Thailand Piyapong Pue-on.
Sementara itu Santokh, menggambarkan Maradona sebagai seorang pemain yang tangkas dan penuh kemahiran biarpun hanya sekali berhadapan beliau dalam stadium yang padat dengan penonton.
"Ia adalah satu kenangan terindah dan hebat bermain dengan seorang pemain unggul seperti Maradona. Kemahirannya adalah menakjubkan dan saya mendapati sukar untuk mengawal beliau," katanya.
Maradona meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung di kediamannya di Daerah Tigre, utara Buenos Aires, ibu negara Argentina.
Bekas pemain dan jurulatih, yang terkini dengan pasukan bola sepak Gimnasia y Esgrima La Plata menjalani pembedahan selepas diserang strok awal November ini.
Pada 30 Okt lepas, Maradona menyambut ulang tahun kelahiran ke-60nya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020

Maradona pernah sekali mempersembahkan kebolehan luar biasanya mengawal bola di hadapan penonton tempatan di Stadium Merdeka, di sini pada Januari 1982. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keluarga Maradona halang lelongan Bola Emas
Trofi yang diberikan kepada pemain terbaik kejohanan itu telah hilang selama beberapa dekad sebelum ditemui oleh peniaga barangan antik.

'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."

Messi harap Maradona dapat lihat dirinya julang Piala Dunia
Lionel Messi berkata dia berharap Diego Maradona dapat menyampaikan trofi Piala Dunia kepada dirinya bulan lalu.

Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona - Guardiola
Senario kini berubah apabila Messi pada Isnin mengetuai Argentina meraih kejayaan di Qatar bagi menyamai pencapaian Maradona pada 1986.

Piala Dunia Qatar: Scaloni impikan Maradona bersama Argentina nikmati kejayaan juara dunia
Lionel Scaloni berasa sedih apabila menyedari legenda Argentina, Diego Maradona, tidak dapat menikmati kejayaan Piala Dunia mereka di Qatar.

Messi sahkan final Qatar 2022 penampilan terakhir di Piala Dunia
Pemain berusia 35 tahun itu bermain di Piala Dunia kelimanya, mengatasi Diego Maradona dan Javier Mascherano dengan empat penampilan.

Lapan individu jaga Maradona akan dituduh membunuh
Hakim mempersoalkan tingkah laku aktif atau kelalaian setiap tertuduh yang membawa dan menyumbang kepada keputusan yang berbahaya.

Jersi Maradona catat rekod dunia dilelong dengan harga AS$9.28 juta
Jersi dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol menentang England dalam Piala Dunia 1986 dijual dalam lelongan di Sotheby's.

Dalam kenangan 2020: Terpadamnya kerlipan-kerlipan bintang
Tahun 2020 pastinya akan terpahat dalam kalender dunia sebagai tahun yang cukup mencabar dan getir.

Bandar Naples masih lagi bersedih atas pemergian Maradona - Insigne
Napoli mempergayakan jersi bertemakan Maradona - jalur biru muda dan putih - ketika mereka meraih kemenangan terbesar ke atas Roma dalam saingan Serie A.