KUALA LUMPUR: Pemulihan Stadium Merdeka, lokasi keramat pengisytiharan kemerdekaan negara pada tahun 1957, dan pembangunan Menara Merdeka 118 yang berdiri gah bersebelahannya benar-benar mencerminkan sejauh mana negara telah berkembang maju.
Bangunan ikonik itu bakal dibuka secara rasmi pada akhir tahun ini dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB), pemilik Merdeka 118, akan berpindah ke tingkat 17 menara tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud.
PNB memiliki Merdeka 118 melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures.
Kerja asas bagi pemulihan Stadium Merdeka dan juga pembangunan bangunan ikonik terbaharu negara bermula itu pada 2016, tetapi pandemik COVID-19 telah menyebabkan usaha penyiapannya tertangguh selama setahun.
"Kami kini berada di fasa akhir untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Selepas PNB berpindah dari lokasinya ketika ini di Menara PNB, Jalan Tun Razak, penyewa utama kami, Maybank, dijangka berpindah tahun depan, menjadikan menara itu 70 peratus diduduki," katanya.
Tengku Ab Aziz juga berkata Stadium Merdeka dijangka dibuka semula kepada orang ramai menjelang suku pertama tahun depan selepas ditutup sejak 2016, manakala Stadium Negara tertutup dijadualkan untuk pengubahsuaian.
Bercakap kepada pemberita semasa sesi lawatan media ke bangunan pencakar langit itu baru-baru ini, beliau berkata penyewa utama lain ialah hotel Park Hyatt bertaraf lima bintang, yang menduduki 17 tingkat (dari aras 100 hingga 117) dengan 252 bilik.
Manakala gedung membeli belah 118 Mall setinggi tujuh tingkat dijangka siap pada 2024.
Apabila siap sepenuhnya kelak pada 2027, Merdeka 118 yang menampilkan menara canggih setinggi 678.9 meter itu akan mengubah kawasan persekitarannya yang sebelum ini terkenal dengan aktiviti sukannya, menjadi mercu tanda baharu baharu ibu kota dengan bangunan pejabat premiumnya, hotel mewah, pusat membeli-belah moden, kediaman, tapak warisan, muzium dan masjid.
Bangunan pencakar langit terbaharu di bandar raya itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai pada ketinggian 828 meter.
Direka bentuk oleh Fender Katsalidis dari Melbourne, yang juga terlibat dengan pembinaan Burj Khalifa, struktur itu termasuk puncak menara 40 tingkat (160.4 meter).
Pembangunan menara kediaman
Menurut Tengku Ab Aziz, pembangunan utama lain di kawasan itu termasuk Menara Timur Merdeka Residences setinggi 65 tingkat dan Menara Barat Merdeka Residences setinggi 63 tingkat, serta kediaman berperkhidmatan Oakwood Premier Kuala Lumpur.
Pembangunan Merdeka 118 yang menelan kos RM5 bilion itu mempunyai 3.1 juta kaki persegi ruang lantai dan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara, setinggi 500 meter.
Tengku Ab Aziz berkata pembangunan itu mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM7 bilion.
Merdeka 118 terdiri daripada kira-kira 18,000 panel kaca yang membentuk penampilan luar kristal menara itu dan pemasangan panel akhir menandakan menara itu 95 peratus telah siap.
Mengenai kebimbangan pembangunan itu akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut, yang berhampiran dengan Petaling Street, Tengku Ab Aziz memberi jaminan menara itu akan mudah untuk diakses menerusi pengangkutan awam berhampiran seperti stesen MRT Merdekanya sendiri, dan akses ke stesen LRT Hang Tuah dan Plaza Rakyat, serta hentian monorel Maharajalela dan Hang Tuah.
"Aliran trafik juga akan dibuka sehala untuk mengurangkan kesesakan apabila bangunan pencakar langit itu beroperasi sepenuhnya," katanya.
Selain pengangkutan awam, menara itu juga mempunyai sambungan terus melalui Terowong Belfield, akses dari Lebuhraya Persekutuan, serta Jalan Damansara atau Jalan Istana.
97.8 peratus siap, tumpuan kepada kelestarian
Sehingga Ogos 2023, Merdeka 118 merupakan menara pertama di Malaysia yang berusaha untuk mencapai penilaian platinum hijau tiga kali ganda dengan pensijilan kelestarian antarabangsa dan kerja-kerja telah 97.8 peratus siap.
Tengku Ab Aziz juga berkata syarikat antarabangsa turut menunjukkan minat untuk beroperasi di Merdeka 118, dan ramai yang mencari bangunan yang bercirikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kerana tidak banyak bangunan yang diperakui ESG di bandar raya ini.
"Ruang pejabat dibuka untuk disewa pada harga RM20 sekaki persegi," katanya.
Walaupun ramai orang yang mungkin agak keliru tentang fungsi antara Tun Razak Exchange (TRX) dan Merdeka 118, Tengku Ab Aziz menjelaskan bahawa bangunan kedua tertinggi di dunia akan dikategorikan sepenuhnya sebagai bangunan warisan, budaya dan lestari Malaysia untuk menjadi penanda aras industri bagi ciri-ciri kelestarian dan bukannya sebagai hab kewangan.
Menurutnya reka bentuk Merdeka 118 adalah berdasarkan siluet (bayang) Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang mengangkat tangan sambil melaungkan laungan "Merdeka!"pada 31 Ogos 1957, manakala puncak menara di atas bangunan itu mencerminkan imej bapa kemerdekaan mengangkat tangan beliau semasa pengisytiharan kemerdekaan.
Pemandangan menakjubkan Merdeka 118 dari Stadium Merdeka memberikan pengalaman dan gambaran suasana perjalanan masa dari tahun 1957 hingga ke hari ini, manakala pembangunan dan seni bina moden, merupakan manifestasi kemajuan pesat negara sejak enam dekad yang lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023

Stadium Merdeka dijangka dibuka semula kepada orang ramai menjelang suku pertama tahun depan selepas ditutup sejak 2016. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Menara Merdeka 118: Mercu tanda kebanggaan Malaysia, ini fakta menarik yang perlu anda tahu!
Signifikannya pencakar langit ini mempunyai makna sentimental berkenaan liku-liku yang ditempuh negara untuk mencapai kemerdekaan.

Agong rasmi Menara Merdeka 118
Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai.

Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara
Pemulihan Stadium Merdeka dan pembangunan Menara Merdeka 118 yang berdiri gah bersebelahannya benar-benar mencerminkan sejauh mana negara telah berkembang maju.

PNB akan berpindah ke Menara Merdeka 118 pada suku keempat 2023
Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan berpindah ke Menara Merdeka 118 dari lokasi sekarang di Menara PNB, Jalan Tun Razak, yang didudukinya sejak 1985.

Ceroboh Menara Merdeka 118: 'Jangan bazir bajet negara cari kami' - Pasangan Rusia
Lelaki warga Rusia, Ivan Beerkus yang menceroboh Menara Merdeka 118 memaklumkan dia dan pasangan sudah tidak berada di Malaysia.

Ceroboh beri imej negatif keselamatan negara
Beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan.

Warga Rusia dedah pengalaman ceroboh Menara Merdeka 118
Misi itu dimulakan dengan menyamar memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan identitinya tidak dikesan.

Polis siasat ketulenan video ceroboh Menara Merdeka 118
Yahaya Othman berkata, pihaknya akan merujuk video berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Menara Merdeka 118 disempurnakan walau negara berdepan pandemik COVID-19
Ini bukan sahaja satu pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai negara yang moden dan maju.

Menara Merdeka 118 pemangkin baharu ekonomi - Ismail Sabri
Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia kerana selain memberi peluang komuniti setempat.