SHAH ALAM: Penganjuran Piala Sultan Selangor (TSSC) 2024 pada Ogos depan disifatkan bakal membuka lembaran baharu buat stadium penuh bersejarah negara, Stadium Merdeka.
Pengerusi dan Pengurus Pasukan TSSC Tan Sri Abd Karim Munisar berkata kejohanan itu menjadi penganjuran acara sulung pada mercu tanda tersebut selepas ia ditutup bagi menjalani proses naik taraf pada 2016.
Beliau berkata penganjuran Piala Sultan Selangor itu sendiri, umpama dihidupkan semula selepas acara tahunan tersebut tidak diadakan sejak 2020 berikutan pandemik COVID-19.
"Ini mencetuskan juga idea kepada semua lapisan masyarakat tentang imej Stadium Merdeka itu sendiri. Sejarah Stadium Merdeka yang lepas ni dicetus melalui Piala Sultan Selangor yang akan diadakan pada 17 Ogos.
"Ia adalah pemasaran yang baik untuk stadium itu sendiri. Kita juga menggalakkan penggunaan kenderaan awam sebab banyak pembinaan sedang berlaku di Stadium Merdeka dan tak akan tamat. Pihak Prasarana Malaysia Bhd juga bersetuju melanjutkan masa sehingga 12 tengah malam pada waktu itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat dan Majlis Berbuka Puasa Jawatankuasa TSSC, di sini semalam yang turut dihadiri Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Stadium Merdeka yang menjadi mercu tanda penuh bersejarah tanah air, sebelum ini ditutup bagi kerja pemuliharaan dan penambahbaikan.
Proses baikpulih itu dijangka siap pada April atau Mei dan perkembangannya turut dipantau Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pihak pengurusan stadium.
Stadium Merdeka dianggap sebagai keajaiban kejuruteraan Persekutuan Tanah Melayu apabila mula dibina pada 1956 dan siap dalam tempoh setahun.
Ia menjadi tuan rumah bagi detik paling bersejarah apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
Di samping penganjuran Piala Sultan Selangor yang dianggap ikonik - kejohanan yang dianjurkan sejak 2001 itu menjadi gelanggang aksi persahabatan bagi dua musuh tradisi Liga Malaysia era semi Pro, Selangor dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024

Stadium Merdeka yang menjadi mercu tanda penuh bersejarah tanah air, sebelum ini ditutup bagi kerja pemuliharaan dan penambahbaikan. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

TSSC 2024 buka lembaran baharu buat Stadium Merdeka - Abd Karim
TSSC 2024 pada Ogos depan disifatkan bakal membuka lembaran baharu buat stadium penuh bersejarah negara, Stadium Merdeka.