BANGI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings (memandangkan ia di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Ringkasan AI
  • SPRM Tidak Terlibat: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan terlibat dalam siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings kerana ia di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Isu yang Disiasat: Isu yang sedang disiasat termasuk eksploitasi kanak-kanak, penggubahan wang haram, dan ajaran sesat, yang perlu ditangani oleh pihak polis dan agensi agama.
  • Bidang Kuasa: SPRM hanya menyiasat kes yang melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam sektor kerajaan, manakala kes ini melibatkan syarikat swasta dan orang awam, jadi ia adalah tanggungjawab polis.


Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan isu yang sedang disiasat, termasuk eksploitasi kanak-kanak, penggubahan wang haram, dan ajaran sesat, adalah perkara yang perlu ditangani oleh pihak polis dan agensi agama.

"Saya kekal dengan kenyataan saya, SPRM tidak akan terlibat dalam penyiasatan GISB ini. Ini melibatkan pihak PDRM dengan JAKIM kerana isu-isu yang saya lihat, pertama isu tentang fahaman, isu tentang kanak-kanak, isu tentang penggubahan wang haram dan sebagainya, ini lebih kepada siasatan pihak polis. Jadi SPRM tak akan campur tangan dalam siasatan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Kebangsaan kali ke-3 2024 di Bangi pada Khamis.

Tambah beliau, kes berkenaan juga melibatkan syarikat swasta dan bukan badan berkepentingan yang boleh membuat keputusan dalam sektor kerajaan.

"Kalau salah guna kuasa, dia bukan ada kuasa pun, kalau salah guna kuasa dalam erti kami, mereka itu ada kuasa dalam membuat keputusan dalam kerajaan. Itu baru kita siasat. Mereka ini orang awam, jadi syarikat-syarikat biasa, jadi ini kerja polis," katanya lagi.