KUALA LUMPUR: Dakwaan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah tanggungjawab Parlimen akan 'terikat' dengan arahan politik, hanyalah tanggapan semata-mata, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), Tan Sri Rais Yatim.
Beliau berkata ini berikutan JKKMAR sudah boleh menyoal atau membawa sebarang usul dan cadangan bagi menambah baik agensi berkenaan.
"Tinggal lagi kita nak formulisasikan beberapa tanggungjawab yang lebih jelas. Ini kerana pencegahan rasuah akan menjadi lebih bahaya jika diletakkan di bawah kuasa eksekutif dalam tempoh yang lama kerana akan bertembung dengan konsep akauntabiliti.
"Akauntabiliti pada Parlimen tadi selaras dengan akauntabiliti Kabinet terhadap Parlimen, jadi apa salahnya sekiranya SPRM itu bertanggungjawab pada Parlimen," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Negara merasmikan Majlis Persidangan Simposium Parlimen Malaysia Forum Antirasuah Senator bersama SPRM di sini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, Timbalan Pengerusi JKKMAR Senator Fadhlina Sidek dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Rais berkata JKKMAR perlu diberi lebih peranan menerusi Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Kami (JKKMAR) bukan nak menentukan hal-hal kecil dalam pentadbiran, kalau Parlimen boleh buat undang-undang kenapa tidak boleh buat pengawasan antirasuah ini," katanya.
Sebelum ini terdapat gesaan pelbagai pihak yang mencadangkan supaya SPRM diletakkan di bawah seliaan Parlimen bagi memastikan proses semak dan imbang agensi itu lebih bebas serta telus.
Pada 29 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata beliau terbuka dengan cadangan agensi itu diletakkan di bawah Parlimen namun perkara itu mungkin akan menyebabkan agensi tersebut terikat dengan arahan yang ditetapkan oleh ahli politik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim ketika berucap pada Majlis Persidangan Simposium Parlimen Malaysia 2022, Forum Antirasuah Senator bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.