Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga individu termasuk seorang wanita kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM yang kononnya boleh menutup kes berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram.
Tangkapan tersebut dilakukan dalam dua operasi berasingan di Sepang dan Melaka pada hari ini dan semalam.
Menurut sumber, dalam tangkapan pertama di klia2,Sepang kira-kira pukul 3 petang semalam melibatkan dua lelaki masing-masing berusia 49 dan 61 tahun.
Suspek dipercayai cuba memperdaya seorang lelaki menerusi panggilan telefon yang kononnya mangsa disiasat SPRM kerana dipercayai terlibat dalam kesalahanan di bawah Seksyen AMLA dan meminta bayaran sebanyak RM20,000 bagi menutup kes itu.
SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM10,000 dan tiga telefon bimbit yang ditemui bersama-sama suspek.
Dalam tangkapan kedua di Alor Gajah, Melaka kira-kira pukul 1.30 petang Sabtu, SPRM telah menahan seorang wanita berusia 36 tahun yang menyamar sebagai pegawai SPRM bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan cuba memperdaya beberapa individu bagi tujuan meminta wang sogokan.
Sumber berkata, wanita yang merupakan ibu tunggal kepada lima orang anak ini telah menghubungi beberapa orang individu dan mendakwa kononnya SPRM telah membuka kertas siasatan atas nama mereka.
Dia mendakwa boleh membantu mangsa menyelesaikan kes-kes tersebut dengan membayar sejumlah wang antara RM5,000 ke RM20,000 untuk diberikan kepada beberapa orang pegawai tertinggi SPRM sebagai balasan bagi menutup kes-kes tersebut.
Namun berdasarkan beberapa tindakan yang diambil oleh mangsa menunjukkan bahawa wanita ini bukanlah pegawai SPRM dan fail-fail atau kertas siasatan yang kononnya dibuka atas individu-individu terbabit, adalah rekaan semata-mata dan tidak benar.
Malah dakwaan bahawa wang rasuah diminta oleh pihak pengurusan tertinggi SPRM bagi menutup kes dan kertas siasatan tersebut juga adalah tidak benar.
Sumber berkata, wanita tersebut menjadikan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam jabatan kerajaan di seluruh negara sebagai mangsa dan mendapatkan maklumat berkaitan rasuah menerusi media termasuk media sosial.
SPRM juga kini sedang mengesan seorang lagi rakan jenayah suspek yang dipercayai telah melarikan diri.
Wanita yang bekerja sendiri ini juga mempunyai rekod jenayah lampau mengikut kesalaha 420 KK,417KK dan 468KK yang masih dibicarakan serta disenarai hitamkan oleh pihak polis.
Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman dan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman telah membenarkan kedua-dua suspek lelaki direman selama lima hari manakala suspek wanita pula direman enam hari bermula hari ini.
BACA: Jangan terpedaya orang menyamar sebagai pegawai SPRM - Azam Baki
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan sedemikian untuk menghubungi SPRM untuk membantu siasatan.
Beliau berkata perbuatan tidak beretika itu adalah satu kesalahan yang serius dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas mereka mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
"Saya juga menyeru semua pihak untuk tidak mempercayai sesiapa yang mendakwa dirinya adalah pegawai SPRM malah mengesahkan dakwaan tersebut dengan menghubungi SPRM dahulu," ujarnya.
Astro Awani
Sat Feb 04 2017

SPRM menahan tiga individu kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

SPRM sahkan siasatan terhadap FGV telah dimulakan
SPRM hari ini mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.

SPRM tahan leftenan kolonel terlibat rasuah
SPRM telah menangkap seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel yang bertugas di Unit Senggaraan Zon Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) di bawah Wisma ATM.

Rasuah: Agensi agama tidak terlepas daripada siasatan - Azam
Agensi agama tidak akan terlepas daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati terdapat unsur rasuah dan salah laku dalam organisasi berkenaan.

SPRM tahan 3 individu menyamar pegawai SPRM
SPRM menahan tiga individu termasuk seorang wanita kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM yang kononnya boleh menutup kes berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram.

Jangan terpedaya orang menyamar sebagai pegawai SPRM - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap orang ramai tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai agensi itu bagi menyelesaikan kes berkaitan rasuah.

Lagi penjawat awam akan didakwa kes rasuah
SPRM telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok atas kesalahan meminta suapan.

Kes rasuah KSU: Apa yang kita tahu?
Siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai tinggi sebuah kementerian telah mengisi tajuk utama #HariIni8 sejak minggu lalu.

Kes rasuah KSU: SPRM rampas wang tunai RM550,000 lagi
SPRM merampas wang tunai kira-kira RM550,000 lagi dari rumah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.

Kes rasuah KSU: SPRM rampas dokumen di pejabat
SPRM merampas sejumlah dokumen disyaki mempunyai maklumat berhubung kegiatan KSU KKLW disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.

Rasuah: SPRM sahkan KSU yang ditahan dari KKLW
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan individu yang ditahan pagi tadi dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).