Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor berusia 56 tahun dan dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok atas kesalahan meminta suapan.
Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor.
Menurut sumber, suspek disyaki telah menerima rasuah berbentuk ‘pinjaman’ bernilai RM150,000 daripada seorang pemilik syarikat yang sering berurusan dengannya di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru berkaitan permohonan dan pembayaran permit kerja mengambil tanah.
Selain itu, suspek juga telah menjalankan urusniaga jual beli tanah dan menggunakan nama anaknya sendiri untuk dijadikan proksi bagi pelaburan tanah berstatus rizab Melayu bersama pemilik syarikat terlibat yang berbangsa Cina.
BACA: Usaha SPRM banteras rasuah bukan bermusim - Ahmad Zahid
Difahamkan, suspek juga telah menerima keuntungan sebanyak lebih kurang RM100,000 hasil urus niaga jual beli tanah itu.
Dalam siasatan pada November lalu, SPRM mengesahkan lelaki terbabit memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas lebih 30 hektar selain tanah rumah kediaman serta sebuah kediaman mewah di beberapa daerah di Johor.
Suspek disyaki menggunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan berkaitan hal ehwal pejabat tanah daerah bagi memperoleh tanah selain memperoleh tanah secara pindah milik.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan dibawa ke mahkamah untuk dituduh esok.
Astro Awani
Mon Jan 09 2017

SPRM telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kek mewah RM20,000 jadi kejutan di majlis hari jadi Neelofa
Pelakon dan pengacara Neelofa dikejutkan dengan kek bernilai RM20,000 sempena sambutan hari jadinya yang ke-28.

Lagi penjawat awam akan didakwa kes rasuah
SPRM telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok atas kesalahan meminta suapan.

Peruncit liat pulangkan kutipan GST walaupun jualan tahunan lebih RM500,000
Perkara itu dikesan sewaktu JKDM melakukan operasi Strategi Lautan Biro Kastam di seluruh negeri susulan pelaksanaan CBP.

Tindakan tegas terhadap majikan gagal carum Perkeso
Majikan yang didapati gagal mendaftar atau mencarum pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal berdepan tindakan tegas termasuk dikenakan kompaun sehingga RM4,000.

150 pelajar UIAM terima sumbangan Yayasan Pahang
Bantuan berkenaan diberikan kepada pelajar yang dikenal pasti berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Mesin ATM diletupkan perompak, wang RM300,000 lesap
Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di Simpang Kuala, di sini diletupkan dipercayai menggunakan sejenis bom paip sebelum melarikan wang tunai dianggarkan lebih RM300,000.

Letupan Bangkok: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa korban
Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas.

Black kecewa ditipu perancang perkahwinan
Black mengakui rancangan perkahwinannya tergendala apabila ditipu sebanyak RM 30, 000.

Hampir 30,000 sakit akibat jerebu
Udara yang berjerebu sejak minggu lalu menyaksikan 29,000 penduduk di Melaka mendapatkan rawatan di seluruh negeri.
Bekas eksekutif akaun pelanggan dipenjara dan didenda
Bekas eksekutif akaun pelanggan dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM125,000 selepas didapati bersalah memberi suapan.