Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan tiga pegawai undang-undang negeri Pulau Pinang pada Isnin, kerana disyaki meminta suapan sebanyak RM500,000 daripada orang awam.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata suspek pertama berusia 42 tahun ditahan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 12.15 tengah hari semalam, manakala dua lagi suspek berusia 29 dan 52 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah pada 10.15 dan 10.38 malam tadi.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta rasuah sebanyak RM500,000 dan sudah menerima RM100,000 daripada seorang orang awam sebagai balasan bagi memastikan kes komersial yang dilaporkan oleh orang awam tersebut dituduh di mahkamah.
"Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, awal pagi ini.
Shaharom Nizam berkata, pihak SPRM juga telah melakukan pemeriksaan di pejabat serta rumah kesemua suspek dan menemui serta menyita sejumlah wang tunai.
"SPRM pohon sesiapa yang pernah jadi mangsa sindiket atau komplot berkenaan (kes ini) agar segera tampil membuat laporan kepada SPRM Kedah," katanya.
Katanya siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 02 2020

Shaharom Nizam berkata, pihak SPRM juga telah melakukan pemeriksaan di pejabat serta rumah kesemua suspek dan menemui serta menyita sejumlah wang tunai. - Gambar fail BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kes komersial di Pahang rekod kerugian lebih RM4.8 juta dalam tempoh sebulan
158 daripadanya adalah kes penipuan yang merupakan penyumbang utama kepada peningkatan kes jenayah komersial.

SPRM Kedah tahan tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang minta suapan RM500,000
Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.