Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi memantapkan integriti berkaitan perhutanan dan pembalakan serta menangani gejala rasuah dengan lebih efektif.
Perkara ini diputuskan pada satu pertemuan disertai SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, baru-baru ini, maklum SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Timbalan Ketua Pesurujaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya menyambut baik idea penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Ini kerana katanya kerjasama akan menyediakan suatu platform terbaik bagi menangani gejala rasuah, di samping mempertingkatkan integriti dalam pelaksanaan tugasan jabatan dan semua pihak yang berkaitan.
"Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mencetuskan idea ini. SPRM menyambut baik dan merasakan perlu sebuah jawatankuasa bersama kerana ia akan membawa peranan yang lebih efektif kedua-dua agensi ini," kata beliau.
Menurut Datuk Mustafar lagi, kebelakangan ini terdapat siri laporan media berkaitan isu pencerobohan hutan, antaranya di Cameron Highlands dan beberapa tempat lain.
"Jawatankuasa ini akan memfokus isu-isu yang dibangkitkan oleh publik secara komprehensif," kata beliau.
Sesi perbincangan kedua-dua pihak telah diadakan ibu negara baru-baru ini dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Profesor Abd Rahman Abd Rahim bersama Pengarah-pengarah Jabatan Perhutanan Negeri dan Bahagian.
Dalam pada itu, Dr Abd Rahman menyambut baik pertemuan itu dan menyifatkan keputusan mengadakan jawatankuasa khas sebagai "satu anjakan positif bagi menangani gejala rasuah dalam sektor perhutanan.”
"Kerjasama antara agensi adalah penting bagi memperkukuhkan integriti dan menangani isu rasuah, dan pada masa yang sama, membetulkan persepsi di kalangan orang ramai.
"Kami menggalakkan maklumat daripada orang ramai tetapi ingin membetulkan pandangan dan tanggapan tidak tepat sesetengah pihak bahawa setiap kerja penebangan hutan membabitkan elemen rasuah," kata beliau.
Mustafar dan Dr Abd Rahman akan mengetuai jawatankuasa khas yang disyorkan ini.
Selain dari Jabatan Perhutanan, SPRM turut bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain dalam usaha memerangi rasuah di dalam pelbagai sektor termasuk baru-baru ini mengetuai sebuah 'Task force' yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM, JKDM, LHDN, Imigresen, SSM untuk menangani masalah rasuah khususnya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
'Task Force' ditubuhkan bagi menangani ketirisan hasil kerajaan yang berlaku melibatkan penyeludupan rokok dan arak berjumlah melebihi RM1.67 bilion, tetapi cukai dibayar hanya melibatkan barang RM420 juta.
Operasi bermula 2 September lalu dengan tangkapan demi tangkapan sehingga seorang suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam dengan tujuh pertuduhan terima suapan tertinggi sebanyak RM688,100 pada 25 September lepas.
KLIK UNTUK LIHAT KRONOLOGI OPERASI SPRM BERKAITAN JABATAN KASTAM
Astro Awani
Sun Sep 28 2014

kebelakangan ini terdapat siri laporan media berkaitan isu pencerobohan hutan, antaranya di Cameron Highlands dan beberapa tempat lain. - Gambar Fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Akta 711 ditambahbaik, perkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat
BHEUU Jabatan Perdana Menteri sedang menerajui usaha pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] bagi memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.

Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

97% kadar pusingan kerja libat 3,178 pegawai imigresen - KP
JIM juga memandang serius dan tidak berkompromi dengan sebarang pelanggaran integriti oleh pegawainya.

Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni - Dr Zaliha
Petugas kaunter harus memiliki sikap yang mencerminkan keharmonian, mesra pelanggan dan integriti agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.